Mahkamah di Malaysia ada beberapa peringkat iaitu dimulakan dengan peringkat Mahkamah Rendah. Komponen hakim di sini terdiri daripada Majistret, diikuti dengan Hakim Mahkamah Sesyen.
🔎Selanjutnya kita melihat kumpulan Mahkamah Tinggi dan akhir sekali dua mahkamah teratas, yang digelar sebagai apex court iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Dua mahkamah terakhir ini adalah mahkamah yang paling tinggi di dalam sistem kehakiman di Malaysia.
🔎Berbanding semua mahkamah yang disenaraikan di atas, Mahkamah Majistret adalah mahkamah yang paling kecil bidang kuasanya. Hakim yang bertugas di Mahkamah ini dipanggil Tuan/Puan Majistret. Mereka tidak dipanggil sebagai Hakim, manakala hakim yang bertugas di Mahkamah Sesyen akan dirujuk sebagai Puan/Tuan Hakim.
🔎Istilah yang digunakan di Mahkamah Tinggi dan ke atas pula akan dirujuk sebagai Yang Arif (YA) dan akhir sekali Yang Amat Arif (YAA).
Jadi bagaimana jikalau hendak menjadi seorang Majistret, Hakim, Yang Arif dan juga Yang Amat Arif?
📝Jawapannya adalah berbeza bagi setiap jawatan. Tapi yang pasti anda perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) @ LLB terlebih dahulu.
📝Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 123, Seseorang layak dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, sebagai hakim Mahkamah Rayuan atau sebagai hakim mana-mana Mahkamah Tinggi jika 1) dia seorang warganegara dan 2) tempoh sepuluh tahun sebelum pelantikannya dia telah menjadi peguam bela bagi atau menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri.
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me