Sharing :

HENTI RASUAH!

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Jika anda mendapati bahawa boss ataupun rakan sekerja anda mengambil atau memberi rasuah, segera laporkan kepada pihak SPRM!

Anda boleh melaporkan kegiatan rasuah secara tiada penama
atau digelar sebagai whistleblower.

Maklumat anda tidak akan didedahkan ketika membuat laporan.

Hal ini kerana anda akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Antara perlindungan yang diberi kepada pelapor adalah:

1) Pelapor tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan sivil, jenayah atau tatatertib akibat daripada pendedahan tersebut. (Sekyen 7(1)(b) Akta APPM 2010)

2) Pelapor dilindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkan hasil tindak balas pendedahan yang telah dibuat. (Sekyen 7(1)(c) Akta APPM 2010)

3)Perlindungan turut diberikan kepada mereka yang mempunyai kaitan/hubungan dengan pemberi maklumat. (Sekyen 7(3) Akta APPM 2010)

Jadi jangan bimbang untuk laporkan sebarang aktiviti rasuah yang anda ketahui.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram