Blog Detail

11-November-2019

18 Nov 19
admin
No Comments

Ini adalah perkongsian mengenai kes #pekerjaan #dibuangkerjatanpanotis
.
Salam sejahtera kepada anda semua. Disini, saya ingin berkongsi mengenai kes:-

MOHD SHAHHIR BIN MD ZAIN V UNIVERSITI LIMKOKWING TEKNOLOGI KREATIF (2019)
———————————————————————————————————————————————————————-
.
– SHAHHIR (penuntut), bekerja sebagai “Admin Executive” di Universiti Limkokwing (majikan) pada 10/2/2014 dan pada 1/3/2016, dia telah ditawarkan menjadi pensyarah di Faculty Of Design melalui surat dan disahkan jawatannya. Setelah itu, pada 3/10/2017 dia telah di tukarkan semula menjadi “Admin Executive” tanpa sebarang notis bertulis. Penuntut seorang yang tidak mempunyai apa apa masalah dalam pekerjaan dan dia telah dibuang dari group “Whatsapp” tanpa sebab yang sah serta pihak majikannya telah mengugut untuk menyatakan bahawa penuntut menceroboh jika dia dilihat dalam perkarangan Syarikat. Selepas kejadian itu dia telah mengambil cuti.

– Apabila penuntut menanyakan kepada majikan tentang status kedudukan pekerjaannya, majikan mengambil masa yang agak lama untuk memberi kata putus. Penuntut juga telah menghadiri sesi “DOMESTIC INQUIRY (DI)” yang dilakukan oleh Jabatan Sumber Manusia Limkokwing University pada 5/12/2017 dan dia tidak di berikan peluang langsung untuk bercakap mengenai statusnya. Pihak yang terlibat dengan “DI” hanya mendengar sebelah pihak dan menentang keputusan penuntut Setelah selesai “DI” Penuntut masih menanyakan tentang status Pekerjaannya namun pihak sumber manusia Limkokwing masih mendiamkan diri. Justeru itu, dia telah pergi membuat aduan di mahkamah industri berkenaan kes ini.

– Dalam kes ini, pihak Universiti Limkokwing tidak hadir ke mahkamah dan hanya bukti pihak penuntut saja diketengahkan. Selepas mendengar keterangan orang yang penuntut Mahkamah perlu menerima bukti itu kerana tidak ada bukti yang dapat dibalas daripada Syarikat. Mahkamah itu mendapati pemecatan pihak menuntut adalah tanpa sebab atau alasan.

KEPUTUSAN MAHKAMAH
———————————————————————————————————————————————————————-

Keputusan mahkamah Industri pada 17/9/2019 Universiti Limkokwing perlu membayar pampasan sebanyak RM 25,200 kepada pihak menuntut.

.
Sekian,
Moga bermanfaat.

Ini adalah perkongsian mengenai kes #pekerjaan #dibuangkerjatanpanotis.Salam sejahtera kepada anda semua. Disini, saya…

Posted by Liyana The Lawyer on Ahad, 10 November 2019

Leave A Comment