Blog Detail

17-December-2019

17 Dec 19
admin
No Comments

SIAPAKAH YANG DILINDUNGI OLEH AKTA PEKERJA 1955 (AKTA 265)?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Pagi tadi saya telah membuat simple survey dalam kalangan rakan-rakan facebook saya tentang apakah kupasan undang-undang yang mereka ingin saya kongsikan?

Salah satu dari perkara yang dicadangkan kepada saya adalah mengenai Undang-Undang Pekerjaan atau Labour Laws di Malaysia. Baiklah, memandangkan Undang-Undang Pekerjaan adalah sesuatu yang dinamik di mana hubungan diantara pekerja dan majikan dan juga kebajikan pekerja adalah tunjang utama dan sangat penting, saya kongsikan seperti yang berikut:-

Di Malaysia, Akta yang melindungi hak-hak pekerja adalah Akta Pekerjaan 1955. Akta ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan juga Wilayah Perekutuan Labuan sahaja. 

Mereka yang dilindungi oleh Akta ini adalah:-

.

  1. Mana-mana orang, tidak kira jenis pekerjaan, yang telah mengikat kontrak perkidmatan dengan mana-mana majikan dan gajinya tidak melebihi RM2,000.00; dan
  2. Mana-mana orang, tidak kira amaun gaji yang diperolehinya dalam sebulan, yang telah mengikat kontrak perkidmatan dengan mana-mana majikan dan menurut kontrak itu:-
    1. Dia adalah buruh kasar
    2. Dia bekerja di bahagian operasi atau penyelenggaraan apa-apa kenderaan bagi mengangkut penumpang atau barangan bagi mendapatkan ganjaran ataupun bagi maksud perdagangan
    3. Dia menyelia pekerja lain yang bekerja sebagai buruh kasar
    4. Dia bekerja dalam mana-mana kapal yang didaftarkan di Malaysia (tertakluk di bawah pengecualian tertentu)
    5. Dia bekerja sebagai pembantu rumah.

Dalam pekerjaan yang disenaraikan dalam poin 2 di atas, tiada had jumlah gaji yang diguna-pakai.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Buruh Kasar’?

Ianya tidak ditakrifkan di dalam Akta, tetapi membawa maksud pemburuhan yang dilakukan dengan menggunakan tangan, contohya tukang kebun, pekerja kilang, atau tukang kayu.

Tahukah anda, bahawa pekerja asing juga dilindungi oleh Akta ini?

Dan tahukah anda bahawa pekerja separuh masa atau ‘part time’ employee’ dan juga pekerja yang berada dalam tempoh percubaan atau ‘probation period’ juga dilindungi oleh Akta ini?

Sekian sahaja dari saya.

Moga perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada anda semua.

-Liyana The Lawyer-

Leave A Comment