Boleh Ke Tuntut Kerugian Sivil Jika Langgar Janji Nak Berkahwin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.  Di dalam kesibukan saya membuat persiapan dalam kes yang saya kendalikan, pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai kes DATO A v SKS (NO 3) [1999] 6 MLJ 589,  Fakta kes adalah seperti berikut:-  1. Dato A mengatakan yang beliau telah meminjam kepada defendan wang sebanyak RM262,350 untuk membolehkannya membeli saham-saham berjumlah 162,000 di dalam sebuah Sdn Bhd (saham-saham tersebut’).   2. Sebagai balasan , SKS menyatakan bahawa beliau akan memeluk Islam, dan berkahwin dengan dato A. Adalah juga merupakan suatu syarat bahawa SKS akan memindahkan 50% saham-saham kepada Dato A dengan baki 50% dipegang oleh SKS di atas namanya dan digunakannya di dalam keadaan di mana Dato A meninggal dunia dahulu sebelum SKS.   3. SKS juga perlu memulangkan saham-saham kepada dato A jika beliau gagal memeluk Islam dan berkahwin dengan Dato A.   4. Dato A telah menuntut, antara lain, untuk:-  (i) suatu deklarasi bahawa beliau merupakan tuan punya saham-saham tersebut yang berada di atas nama SKS,   (ii) harga untuk saham-saham tersebut;   (iii) keuntungan yang diraih SKS di dalam penjualan saham-saham;   (iv) ganti rugi teladan (exemplary damages) dan juga ganti rugi teruk (aggravated damages) untuk penipuan dan frod di dalam memperdayakan Dato A untuk mempercayai bahawa defendan akan memeluk Islam dan berkahwin dengannya;   (v) suatu injunksi tetap untuk menegah SKS daripada menguruskan saham-saham dengan sebarang cara.   5. Di dalam kes ini, Mahkamah telah memutuskan bahawa:-  (a) SKS perlu membayar kembali harga-harga saham tersebut kepada Dato A sebanyak RM131,140; … Continue reading Boleh Ke Tuntut Kerugian Sivil Jika Langgar Janji Nak Berkahwin?

Published
Categorized as 2021

Boleh Ke Bekas Pekerja Di Saman Sebab Mencuri Idea Atau Hak Cipta Perniagaan Kita?

Ada sebuah syarikat ni yang bernama Reka Setia Playground Sdn Bhd (“Reka”). Perniagaan mereka adalah merancang, membangun, membuat dan menjual peralatan taman permainan sejak tahun 2000. Syarikat ini pernah mengambil seorang pekerja yang bernama Siow Mee Hong sejak tahun 2008 namun Siow Mee Hong telah berhenti bekerja pada 2.7.2013.  Syarat pekerjaan yang jelas antara Reka… Continue reading Boleh Ke Bekas Pekerja Di Saman Sebab Mencuri Idea Atau Hak Cipta Perniagaan Kita?

Published
Categorized as 2021

Kes Dimana Jururawat Dituduh Sebagai Pelacur dan Menang Kes Saman Fitnah.

Kes Dimana Jururawat Dituduh Sebagai Pelacur dan Menang Kes Saman Fitnah.   Pernahkah anda mendengar seorang memanggil seorang wanita sebagai “pelacur”? Tahukah anda bahawa perkara ini boleh dibawa ke Mahkamah Sivil sebagai kes Saman Fitnah dan wanita yang difitnah sebagai pelacur itu boleh menang dan mendapat pampasan WANG RINGGIT demi memulihkan reputasi beliau sebagai seorang… Continue reading Kes Dimana Jururawat Dituduh Sebagai Pelacur dan Menang Kes Saman Fitnah.

Published
Categorized as 2021

Disebabkan Sebaran Dengan Niat Jahat, Plaintif Menang RM200,000.00.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Good evening.  Awal siang tadi saya dikejutkan dengan news feed saya viral sana sini tentang seorang wanita yang meluahkan perasaan kerana telah dikayu tigakan oleh suami beliau.  I dunno, to me perkara ni dah selalu sangat terjadi. Tapi peranan sosial media kini ditambah pula dengan masyarakat… Continue reading Disebabkan Sebaran Dengan Niat Jahat, Plaintif Menang RM200,000.00.

Published
Categorized as 2021