Category: Uncategorized

17-December-2019

17 Dec 19
admin
No Comments

SIAPAKAH YANG DILINDUNGI OLEH AKTA PEKERJA 1955 (AKTA 265)?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Pagi tadi saya telah membuat simple survey dalam kalangan rakan-rakan facebook saya tentang apakah kupasan undang-undang yang mereka ingin saya kongsikan?

Salah satu dari perkara yang dicadangkan kepada saya adalah mengenai Undang-Undang Pekerjaan atau Labour Laws di Malaysia. Baiklah, memandangkan Undang-Undang Pekerjaan adalah sesuatu yang dinamik di mana hubungan diantara pekerja dan majikan dan juga kebajikan pekerja adalah tunjang utama dan sangat penting, saya kongsikan seperti yang berikut:-

Di Malaysia, Akta yang melindungi hak-hak pekerja adalah Akta Pekerjaan 1955. Akta ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan juga Wilayah Perekutuan Labuan sahaja. 

Mereka yang dilindungi oleh Akta ini adalah:-

.

  1. Mana-mana orang, tidak kira jenis pekerjaan, yang telah mengikat kontrak perkidmatan dengan mana-mana majikan dan gajinya tidak melebihi RM2,000.00; dan
  2. Mana-mana orang, tidak kira amaun gaji yang diperolehinya dalam sebulan, yang telah mengikat kontrak perkidmatan dengan mana-mana majikan dan menurut kontrak itu:-
    1. Dia adalah buruh kasar
    2. Dia bekerja di bahagian operasi atau penyelenggaraan apa-apa kenderaan bagi mengangkut penumpang atau barangan bagi mendapatkan ganjaran ataupun bagi maksud perdagangan
    3. Dia menyelia pekerja lain yang bekerja sebagai buruh kasar
    4. Dia bekerja dalam mana-mana kapal yang didaftarkan di Malaysia (tertakluk di bawah pengecualian tertentu)
    5. Dia bekerja sebagai pembantu rumah.

Dalam pekerjaan yang disenaraikan dalam poin 2 di atas, tiada had jumlah gaji yang diguna-pakai.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Buruh Kasar’?

Ianya tidak ditakrifkan di dalam Akta, tetapi membawa maksud pemburuhan yang dilakukan dengan menggunakan tangan, contohya tukang kebun, pekerja kilang, atau tukang kayu.

Tahukah anda, bahawa pekerja asing juga dilindungi oleh Akta ini?

Dan tahukah anda bahawa pekerja separuh masa atau ‘part time’ employee’ dan juga pekerja yang berada dalam tempoh percubaan atau ‘probation period’ juga dilindungi oleh Akta ini?

Sekian sahaja dari saya.

Moga perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada anda semua.

-Liyana The Lawyer-

12-November-2019

18 Nov 19
admin
No Comments

Ini adalah perkongsian cara nak elak diri kena scam.

[KENA TIPU TIME BELI RUMAH?]
.
Assalamualikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua.
.
Semalam, ada client saya tag saya di sebuah posting seorang wanita bernama Puan Mangsa yang menceritakan bahawa beliau ditipu oleh oleh terdekat dengan keluarga beliau (selepas ini dirujuk sebagai ‘Si Penipu’).
.
Si Penipu ni tak malu mengaku sebuah rumah corner lot ni milik beliau dan hasil dari penipuan, telah berjaya collect RM60,000++ dari Puan Mangsa.
.
Kalau lawyer bagi ilmu perundangan jagan malas membaca ye. Boleh elak kena tipu. RM60,000++ tu banyak, saya boleh buat travel ke Maldives.
.
Nak elakkan diri anda dari ditipu & diperdayakan sebegini? Berikut adalah langkah – langkah yang anda harus lakukan:-

1. Check SSM. Boleh dilakukan secara online.
.
Link = https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/e-Search.aspx
.
2. Ada berikan business card tak?
.
3. Betul ke physical office dia?
.
4. Macam mana dengan contact details?
.
5. Bank in details? (takut keluar nama orang lain)
.
Check bank scammer link= http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ or https://scam.my/
.
6. Black & White? Kalau scammer ni dia risau sikit nak buat agreement.
.
7. Ada conduct Carian lain tak? Selain dari SSM, boleh buat Carian di pejabat tanah misalnya nak pastikan samada benar ke Owner Rumah.
.
Moga memberi manfaat kepada anda semua.

Ini adalah perkongsian cara nak elak diri kena scam.[KENA TIPU TIME BELI RUMAH?].Assalamualikum dan salam sejahtera…

Posted by Liyana The Lawyer on Isnin, 11 November 2019

11-November-2019

18 Nov 19
admin
No Comments

Ini adalah perkongsian mengenai kes #pekerjaan #dibuangkerjatanpanotis
.
Salam sejahtera kepada anda semua. Disini, saya ingin berkongsi mengenai kes:-

MOHD SHAHHIR BIN MD ZAIN V UNIVERSITI LIMKOKWING TEKNOLOGI KREATIF (2019)
———————————————————————————————————————————————————————-
.
– SHAHHIR (penuntut), bekerja sebagai “Admin Executive” di Universiti Limkokwing (majikan) pada 10/2/2014 dan pada 1/3/2016, dia telah ditawarkan menjadi pensyarah di Faculty Of Design melalui surat dan disahkan jawatannya. Setelah itu, pada 3/10/2017 dia telah di tukarkan semula menjadi “Admin Executive” tanpa sebarang notis bertulis. Penuntut seorang yang tidak mempunyai apa apa masalah dalam pekerjaan dan dia telah dibuang dari group “Whatsapp” tanpa sebab yang sah serta pihak majikannya telah mengugut untuk menyatakan bahawa penuntut menceroboh jika dia dilihat dalam perkarangan Syarikat. Selepas kejadian itu dia telah mengambil cuti.

– Apabila penuntut menanyakan kepada majikan tentang status kedudukan pekerjaannya, majikan mengambil masa yang agak lama untuk memberi kata putus. Penuntut juga telah menghadiri sesi “DOMESTIC INQUIRY (DI)” yang dilakukan oleh Jabatan Sumber Manusia Limkokwing University pada 5/12/2017 dan dia tidak di berikan peluang langsung untuk bercakap mengenai statusnya. Pihak yang terlibat dengan “DI” hanya mendengar sebelah pihak dan menentang keputusan penuntut Setelah selesai “DI” Penuntut masih menanyakan tentang status Pekerjaannya namun pihak sumber manusia Limkokwing masih mendiamkan diri. Justeru itu, dia telah pergi membuat aduan di mahkamah industri berkenaan kes ini.

– Dalam kes ini, pihak Universiti Limkokwing tidak hadir ke mahkamah dan hanya bukti pihak penuntut saja diketengahkan. Selepas mendengar keterangan orang yang penuntut Mahkamah perlu menerima bukti itu kerana tidak ada bukti yang dapat dibalas daripada Syarikat. Mahkamah itu mendapati pemecatan pihak menuntut adalah tanpa sebab atau alasan.

KEPUTUSAN MAHKAMAH
———————————————————————————————————————————————————————-

Keputusan mahkamah Industri pada 17/9/2019 Universiti Limkokwing perlu membayar pampasan sebanyak RM 25,200 kepada pihak menuntut.

.
Sekian,
Moga bermanfaat.

Ini adalah perkongsian mengenai kes #pekerjaan #dibuangkerjatanpanotis.Salam sejahtera kepada anda semua. Disini, saya…

Posted by Liyana The Lawyer on Ahad, 10 November 2019

9-November-2019

18 Nov 19
admin
No Comments

“Siapa Yang Boleh Bawa Kes Saman Fitnah?”

Orang yang dah mati boleh diwakilkan untuk bawa kes Saman Fitnah tak?

Bagaiman dengan mereka yang belum cukup umur?

“Siapa Yang Boleh Bawa Kes Saman Fitnah?”Orang yang dah mati boleh diwakilkan untuk bawa kes Saman Fitnah…

Posted by Liyana The Lawyer on Sabtu, 9 November 2019

8-November-2019

18 Nov 19
admin
No Comments

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BOLEH MEMBAWA KES SAMAN FITNAH?
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua.
.
Kelmarin, ada orang mengajukan pertanyaan kepada saya samada beliau boleh membawa kes Saman Fitnah sebagai wakil kepada arwah ayah beliau yang telah dimalukan.
Jawapannya adalah TIDAK BOLEH.
.
Mengapa tak boleh?
.
Di Malaysia, mereka yang boleh membawa kes Smaan Fitnah hanyalah :-
.
1. Orang yang difitnah secara terus dan bukannya diwakilkan oleh orang lain; dan
.
2. Orang yang difitnah itu masih hidup.
.
Ini termaktub dalam s.8(1) Malaysian Civil Law Act 1956 yang menyatakan bahawa dalam apa-apa prosiding yang melibatkan seseorang yang telah mati, ianya tidak terpakai bagi kes saman fitnah atau ‘defamation’
.
Jika misalnya, seseuatu prosiding Saman Fitnah sedang berjalan di Mahkamah dan Plaintif yang menuntut dalam kes tersebut meninggal dunia sebelum penghakiman direkodkan, maka kes itu akan terbatal dan tidak boleh diteruskan oleh waris atau wakil.
.
Selain dari seorang individu , mereka yang boleh membawa kes Saman Fitnah adalah:-
.
1. Minor- atau dikenali sebagai mereka yang masih belum mencapai usia majoriti.Di Malaysia, menurut Age of Majority Act 1971, mereka yang mencapai umur majoriti adalah 18 tahun . Mereka yang minority ini boleh membawa tuntutan kes Saman Fitnah melalui ‘guardian ad litem’ atau sahabat wakil iaitu melalui peguam yang dilantik.

2. Syarikat

3. Parti politik

4. Persatuan atau Kelab yang didaftarkan

5. Koperasi

6. Sekolah

7. Menteri Besar

8. Pengarah Syarikat juga boleh disaman jika boleh dibuktikan bahawa Pengarah tersebut membenarkan dan/atau mengarahkan perbuatan yang menjurus kepada Saman Fitnah itu.

9. Partnership atau perkongsian

10. Badan Berkanun

11. Kerajaan dan

12. Surat Khabar.
.
Dalam satu kes yang melibatkan sebuah JMB yang bernama Amber Court Management Corporation.
.
Isu utama yang diketengahkan adalah samada JMB tersebut boleh membawa prosiding Saman Fitnah? Mahkamah memutuskan tidak boleh kerana JMB ini tidak mempunyai kuasa untuk membawa kes Saman Fitnah.
.
Nama penuh kes; AMBER COURT MANAGEMENT CORP & ORS (SUING IN THEIR CAPACITY OF COUNCIL MEMBERS OF AMBER COURT MANAGEMENT CORP MANAGEMENT COMMITTEE) v HONG GAN GUI & ANOR [2016] 2 MLJ 85 Kes ini dah dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Plaintif masih kalah.
.
Konklusinya, pastikan anda mempunyai kapasiti dan boleh membawa kes Saman Fitnah tersebut. Dapatkan nasihat guaman dari seorang professional iaitu seorang lawyer bertauliah.

Siapakah Sebenarnya Yang Boleh Membawa Kes Saman Fitnah?

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BOLEH MEMBAWA KES SAMAN FITNAH?.Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua..Kelmarin, ada orang mengajukan pertanyaan kepada saya samada beliau boleh membawa kes Saman Fitnah sebagai wakil kepada arwah ayah beliau yang telah dimalukan. Jawapannya adalah TIDAK BOLEH. .Mengapa tak boleh? .Di Malaysia, mereka yang boleh membawa kes Smaan Fitnah hanyalah :-.1. Orang yang difitnah secara terus dan bukannya diwakilkan oleh orang lain; dan.2. Orang yang difitnah itu masih hidup. .Ini termaktub dalam s.8(1) Malaysian Civil Law Act 1956 yang menyatakan bahawa dalam apa-apa prosiding yang melibatkan seseorang yang telah mati, ianya tidak terpakai bagi kes saman fitnah atau ‘defamation’.Jika misalnya, seseuatu prosiding Saman Fitnah sedang berjalan di Mahkamah dan Plaintif yang menuntut dalam kes tersebut meninggal dunia sebelum penghakiman direkodkan, maka kes itu akan terbatal dan tidak boleh diteruskan oleh waris atau wakil..Selain dari seorang individu , mereka yang boleh membawa kes Saman Fitnah adalah:-.1. Minor- atau dikenali sebagai mereka yang masih belum mencapai usia majoriti.Di Malaysia, menurut Age of Majority Act 1971, mereka yang mencapai umur majoriti adalah 18 tahun . Mereka yang minority ini boleh membawa tuntutan kes Saman Fitnah melalui ‘guardian ad litem’ atau sahabat wakil iaitu melalui peguam yang dilantik.2. Syarikat3. Parti politik4. Persatuan atau Kelab yang didaftarkan5. Koperasi6. Sekolah7. Menteri Besar8. Pengarah Syarikat juga boleh disaman jika boleh dibuktikan bahawa Pengarah tersebut membenarkan dan/atau mengarahkan perbuatan yang menjurus kepada Saman Fitnah itu.9. Partnership atau perkongsian10. Badan Berkanun11. Kerajaan dan12. Surat Khabar..Dalam satu kes yang melibatkan sebuah JMB yang bernama Amber Court Management Corporation. .Isu utama yang diketengahkan adalah samada JMB tersebut boleh membawa prosiding Saman Fitnah? Mahkamah memutuskan tidak boleh kerana JMB ini tidak mempunyai kuasa untuk membawa kes Saman Fitnah..Nama penuh kes; AMBER COURT MANAGEMENT CORP & ORS (SUING IN THEIR CAPACITY OF COUNCIL MEMBERS OF AMBER COURT MANAGEMENT CORP MANAGEMENT COMMITTEE) v HONG GAN GUI & ANOR [2016] 2 MLJ 85 Kes ini dah dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Plaintif masih kalah..Konklusinya, pastikan anda mempunyai kapasiti dan boleh membawa kes Saman Fitnah tersebut. Dapatkan nasihat guaman dari seorang professional iaitu seorang lawyer bertauliah. .Moga memberi manfaat kepada anda semua.#LiyanaTheLawyer#DefamationLawyer

Posted by Liyana The Lawyer on Khamis, 7 November 2019