Sharing :

KERANI ADMIN DIBUANG KERJA KERANA MEMANIPULASI GAJI?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Kerani admin DIBUANG KERJA KERANA memanipulasi gaji?

Kes bernombor 9/4-937/18 antara Sivasanggiri A/P Jayabalan V Freightwatch G Patomotoh Security Services Sdn. Bhd. 

 

Penuntut bekerja sebagai kerani pentadbiran mulai 9.5.2016 selama satu tahun enam bulan di Syarikat tersebut. Gaji terakhir penuntut adalah sebanyak RM1700 sebulan. Pada 29.08.2017, penuntut telah menerima surat tunjuk sebab dari syarikat. Antara tuduhan yang dikenakan terhadap penuntut:- 

 

  1. Membayar Gaji double dengan berlainan nombor pekerja dan Ic no. pada no. akaun yang tidak diketahui. 
  2. Membayar gaji sebanyak RM 1,887.03 pada security guard yang hanya bekerja sehari dan melarikan diri dari tempat kerja pada bulan tersebut. 
  3. Membayar gaji pekerja yang tiada record dengan syarikat. 
  4. Mengubah package gaji sendiri dengan memasukkan elaun kehadiran (RM500.00) & elaun special (RM50). 

 

Penuntut tidak hadir semasa siasatan dalaman diadakan. Penuntut telah didapati bersalah atas semua pertuduhan dan telah dibuang kerja pada 20.09.2017 melalui surat yang bertarikh 19.09.2017. Tuduhan yang dijatuhkan terhadap penuntut adalah memanpulasi gaji lima (5) orang di dalam syarikat dengan menyalahgunakan kata laluannya. 

 

Pihak syarikat telah memanggil seorang saksi yang bertugas sebagai pegawai payroll di syarikat dan bertanggungjawab menyempurnakan gaji kesemua pekerja-pekerja syarikat iaitu pengawal keselamatan di seluruh Malaysia. Kejadian berlaku di Butterworth Pulau Pinang, bagaimanapun saksi tidak ada pengetahuan mengenai apa yang berlaku disana kerana dia bertempat di Seremban.  

 

Beliau gagal memberikan keterangan bagaimana atau cara penipuan ini berlaku. Saksi juga bukan salah seorang semasa siasatan dalaman diadakan, beliau hanya menerangkan prosedur Sistem. Pihak syarikat telah gagal untuk membuktikan pertuduhan yang dikenakan di atas penuntut. 

 

Keputusan:- 

 

Mahkamah telah mendapati pihak penuntut di pecat tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Mahkamah memerintahkan award seperti berikut sebanyak RM 11,900 dan bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari Tarikh award ini diperturunkan oleh pihak syarikat kepada penuntut. 

 

* Side Note. 

Semasa siasatan dalaman dijalankan, penuntut berada di Pulau Pinang dan tidak dapat bergerak/ Berjalan jauh selepas bersalin. Pihak mahkamah memutuskan siasatan dalaman dilakukan secara tidak adil dan tidak mematuhi kehendak prinsip-prinsip keadilan asasi.  

 

Seseorang yang dituduh mempunyai hak untuk mengetahui kes yang beliau hadapi. Beliau mesti diberikan peluang yang adil untuk menyokong dan mempertikaikan kenyataan dan keterangan tersebut. 

 

Sekian,  

Moga bermanfaat. 

-Liyana the Lawyer- i