Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua.
Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang kes Allianz Golfcar Mfg Sdn Bhd & Anor v Chan Siew Foon [2012] 3 ILJ 318
Dalam kes ini, fakta menunjukkan bahawa Pihak menuntut, Chan Siew Foon, seorang jurutera mekanikal, telah menyertai Allianz Golfcar (Mfg) Sdn Bhd (‘syarikat’) sebagai pengurus besar (operasi) untuk membantu memulakan operasi kilang untuk membuat golf buggy di Malaysia. Pihak menuntut dikehendaki menguruskan tenaga kerja dan prosedur pemasangan untuk pengeluaran.
Pekerja diberikan tempoh percubaan selama 6 bulan tetapi pada akhir tempoh tersebut dia tidak diberitahu sama ada dia disahkan sebagai pekerja atau tempoh percubaannya dilanjutkan. Memandangkan kerjanya berterusan selepas enam bulan, pekerja menganggap yang dia telah disahkan.
1 tahun dan 17 hari selepas dia menyertai syarikat tersebut, pihak menuntut meninggalkan kerjanya . Dia menganggap dirinya dibuang kerja secara konstruktif kerana syarikat telah menyusahkan dirinya sehingga membuatkan dia tidak tahan untuk terus bekerja di situ.Pekerja menyatakan yang dia dibuang kerja tanpa sebab dan alasan adil.
Syarikat berhujah bahawa pihak menuntut tidak pernah dibuang kerja tetapi dia meninggalkan kerjanya tanpa alasan sah. Walaupun demikian, syarikat telah menghantar dia dua surat mengarah dia untuk kembali bekerja memandangkan keperluan segera untuk menyiapkan golf buggy tersebut.
Mahkamah memutuskan bahawa:-
Oleh itu, kes ini telah dibuang dan pekerja tersebut gagal dalam kes beliau.
Sekian, moga bermanfaat. Kes ini adalah jawapan kepada persoalan saya semalam.
-Liyana the Lawyer-
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me