Assalamualaikum dan salam sejahtera saya capkan kepada anda semua. Harini saya nak berikan tips bagaimana nak elak dari duit anda kena burn. Tips ni sebenarnya saya dah banyak kali bebel. Tapi takpelah, kita refresh sekali lagi:-
1. JIKA TAK PASTI samada sesuatu perkara itu boleh buat ke tidak, jangan la mintak pendapat orang lain yang bukan peguam.Kalian semua tau tak saya yang dah 6 tahun jadi peguam ni pun rasa makin banyak perkara yang saya kena belajar lagi, inikan pula nak tanya pendapat orang yang langsung tak pernah terlibat dalam bidang guaman.
Bertanyalah dengan mana-mana peguam. Jika bertanya dengan saya misalnya anda masih tak puas hati, maka tanyalah second opinion peguam lain. Jika tak puas hati juga maka get a third opinion dengan peguam lain lagi.
NI pergi tanya kawan-kawan yang takde legal background. Memang hancus la. Elok-elok masalah tu boleh diselesaikan lagi, terus jadi makin teruk dan bercelaru sampai finally bila dah decide nak ambil lawyer handle kes, lawyer tu pun seram nak ambil.
2. CHECK DULU BACKGROUND ORANG TU.
Ini tak, baru nampak si polan tu post gambar kemewahan bawak kereta sport, selfie sana-sini bagai, anda dah yakin bahawa dia ni seorang yang berguna dan berjaya.
Belum lagi terpedaya dengan geng -geng yang tampal gambar sana-sini macam warak. Letak gambar pergi umrah la. Lepas tu bila orang macam ni minta bank in duit, lajuuuuuuuu speedo deedo je anda semua transfer online.
Check dulu SSM dia, datang dulu ke alamat pejabat dia. Orang tu ada namecard idok? Kalau dia tak bagi namecard tu pun dah patut lampu WARNING RED ALERT tu dah terang dalam kepala.
Kalau anda nak ambil servis macam mak bidan pun, lebih baik ambil mereka yang ada Enterprise. At least kalau ada apa-apa masalah anda masih boleh siasat kembali identiti orang yang deal dengan anda tu.
3. JANGAN NAK RASA IMPRESSED SANGAT dengan gambar gah orang tu di sosial media. Adoiii saya nak disclose di sini saya pernah ye berurusan dengan potential clients yang terdiri dari artist. Tapi mereka pun dalam realiti bukanlah senang orangnya. Nampak je di instagram dan you tube mewah tapi itu pameran virtual reality kebanyakkannya.
Sebab anda terlampau impressed sangat lah anda mudah termakan dengan janji-janji manis orang yang anda sendiri tak kenal pun. Dahla tak kenal langsung orang ni. Nama penuh pun tak tahu, alamat eperniagaan pun tak tahu, nombor IC orang ni pun anda tak tahu, buat pula transaction melalui WhatsApp je.
Bila duit dah melayang ribu-riban tau pulak nangis tepi tandas sebab lawyer kata nak proceed dengan kes boleh tapi akan jadi MAHAL dan susah sebab yelah, sapa suruh takde maklumat orang ni sebelum transfer duit kan?
Okay simpanlah TIGA TIPS RAHSIA KEJAYAAN TAK KENA SCAM ini kemas-kemas dalam ingatan anda.
Tak susah pun tapi nescaya boleh menyelamatkan nyawa bank akaun anda.
Sekian,
-Liyana The Lawyer-
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me