Sharing :

5 LANGKAH PENTING PEMILIK PERNIAGAAN PERLU LAKUKAN SEWAKTU DAN SELEPAS COVID-19

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Berikut adalah 5 langkah yang saya sarankan untuk dipraktikkan oleh para pemilik perniagaan semasa dan selepas wabak COVID-19 ini.  

  1. BERSIAP SEDIA UNTUK PROSES PEMULIHAN PERNIAGAAN. 

Anda sudah patut tanya kepada diri anda sendiri 3 soalan penting ni:-Perniagaan aku ni akan ada permintaan lagi tak selepas habis tempoh PKP ni? 

Kalau ya/tidak, apa yang patut aku lakukan nak tarik pelanggan selepas ni? 

Macam mana aku nak ada emergency plan untuk kebarangkalian benda macam tempoh PKP ni berulang? 

  1. KIRA BALIK DUIT SIMPANAN DAN PERBELANJAAN PERNIAGAAN ANDA. 

Anda dah kena kira segala perbelanjaan perniagaan anda seperti overhead, gaji pekerja, gaji sendiri, apa-apa pinjaman perniagaan yang anda kena tanggung dan segala jenis komitmen berbayar.  

Cuba buat bajet dengan apa yang sudah ada dalam simpanan sekarang. Masa ni jugalah paling afdal untuk anda tuntut kembali apa-apa bayaran atau hutang tertunggak. Jika mereka yang berhutang dengan anda ni gunakan alasan tiada duit kerana PKP ni, yang penting anda dah keluarkan surat rasmi nak menuntut kembali wang anda sebagai simpanan dan rekod untuk anda buat tuntutan formal kelak. 

  1. BUAT PERSEDIAAN DAN KIRA BAGAIMANA ANDA BOLEH PULIHKAN KEMBALI KEWANGAN PERNIAGAAN DAN JUALAN ANDA.  

Selepas tamat tempoh PKP ni pun kemungkinan besar pelanggan-pelanggan anda akan mempunyai keperluan dan cara membeli berlainan jadi anda kena adapt untuk sesuaikan perniagaan anda. Jangan masih di takuk yang lama. Berfikir di luar kotak. 

  1. GUNAKAN MASA INI UNTUK MANTAPKAN SKIL PERNIAGAAN ANDA DAN JUGA UNTUK MENYUMBANG KEPAKARAN ANDA MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA.  

Jangan fokus kepada menjual sangat, tetapi lebihkan untuk educate pelanggan-pelanggan anda tentang apa yang boleh perniagaan anda lakukan untuk memberi manfaat kepada orang ramai. 

  1. IKUT PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG. 

Tambah-tambah lagi jika anda ingin membuat pengurangan dan pembuangan pekerja . Memang sekarang ni para peniaga berada dalam saat kritikal dan mungkin perlu mengecilkan kos operasi.  

Namun anda tidak boleh sewenang-wenangnya memotong gaji pekerja atau membuang pekerja tanpa mengikuti garis panduan yang termaktub dalam undang-undang pekerja di Malaysia. Takut nanti anda pening kena hadap kes di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Industri pula selepas habis tempoh PKP ni. 

Di sini, saya sarankan anda merujuk dan meminta nasihat daripada mana-mana peguam yang bertauliah yang terdekat dengan anda. Sepatutnya pada waktu inilah peguam anda adalah best friend anda. 

Sekian, itu sahaja pesanan dari saya, 

Moga bermanfaat, 

-Liyana the Lawyer-