Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua.
Selamat pagi~ semalam dalam ruang comment di wall fb saya ada yang bertanyakan kepada saya apakah elemen-elemen yang membolehkan sesuatu kontrak itu digunapakai.
Dalam kontrak ni ada 5 elemen penting untuk dipatuhi:-
Pada hari ini saya nak berkongsi tentang seksyen 74 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan pampasan yang perlu diberikan kepada orang yang telah menerima musibat akibat kontrak tersebut dimungkiri. Kira macam breakup the relationship.
Mahkamah telah mengiktiraf bahawa, di bawah s 74, suatu pihak boleh memulihkan apa-apa kerugian atau kerosakan bagi apa-apa pelanggaran yang:
secara semulajadi timbul dalam perjalanan biasa perlaksaaan kontrak; atau yang mana pihak tahu, apabila mereka membuat kontrak, mungkin terjadi disebabkan oleh pelanggaran kontrak.
Saya bagi contoh dalam kes KOH SIAK POO v MED-BUMIKAR MARA SDN BHD [1994] 3 MLJ 610
Plaintif mengupah traktor di bawah perjanjian sewa-beli (‘ perjanjian ‘) dengan Credit Corp (Malaysia) Bhd (‘ CCM ‘) pada 5 Januari 1980. Pada 4 Oktober 1981, defendan, ejen yang diberi kuasa CCM, merampas traktor dan seterusnya.
Plaintif mendakwa bahawa rampasan oleh defendan adalah salah kerana tidak mematuhi s 16 Akta, iaitu notis 21 hari yang diperlukan tidak diberikan, dan telah menuntut ganti rugi.
Dalam kes ini, Hakim telah membenarkan tuntutan plaintif di bawah s74 akta kontrak ini dan memberi:-
Sekian, Moga bermanfaat.
-Liyana the Lawyer-
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me