Sharing :

SETEL LUAR MAHKAMAH?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. 

Tahukah anda sekiranya sesebuah kes sudah difailkan di Mahkamah, pada apa-apa peringkat sebelum Penghakiman dijatuhkan oleh Hakim, pihak-pihak masih diberi peluang untuk menyelesaikan perkara bertikai itu melalui ‘out of court settlement’? 

Out of court settlement ini boleh dibuat melalui dua cara iaitu:- 

  1. Penyelesaian Persetujuan yang di rekodkan di Mahkamah; atau 

  1. Pihak Plaintif menarik balik kes dengan kebebasan memfailkan semula dan mendapat pampasan dari Defendan di luar Mahkamah. 

Kenapa settle cara ini? Kerana kes akan diselesaikan dengan lebih singkat, menjimatkan anda kena bayar kos guaman dan juga menjimatkan masa peguam dari memfailkan Hujahan kepada Mahkamah. 

Namun ini bergantung kepada kematangan dan niat kedua-dua belah pihak. Kadangkala ada je saya perhatikan peguam lawan yang tak mahu client mereka settle sebab nanti tak dapat lah nak cas fi guaman kepada client lagi kalau kes dah tutup. 

Sekian coretan dari saya, 

-Liyana The Lawyer-