Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Wanita diluar sana. Ini adalah topik Woman Empower Wednesday (WEW) kita pada hari ini. Baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari seorang wanita yang bertanya kepada saya: Cik Liyana, boleh tak saya saman malu atau bawa tindakan undang undang kepada bekas teman lelaki atau suami yang menyebarkan gambar berunsur lucah saya? Apakah yang harus ANDA lakukan jika anda terperangkap didalam situasi begini? Jawapannya adalah BOLEH!
Tapi sebelum itu saya bercerita dulu dri segi jenayah tentang satu kes yang diputuskan di mahkamah
Di dalam kes PP v Hoo Wai Men (2015)
Hoo Wai Men, 39, Komputer programmer telah dituduh menghantar kandungan palsu dan berunsurkan lucah melalui e-mel dan laman web yang menggunakan identiti mangsa beliau selepas mangsa menolak lamaran cinta beliau.
HOO WAI MEN TELAH DITUDUH: Seksyen 233(1)(a) Akta komunikasi Multimedia di mana beliau telah mengaku bersalah.
Hukuman Mahkamah Petaling Jaya (03/08/2015) : RM13, 000 denda bagi pertuduhan pertama dan RM15, 000 denda bagi pertuduhan kedua.
.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan konsultasi, sila hubungi kami di:
E-mail: bernardliyana.sa@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/bernardliyana.sa/
Whatsapp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60123640086&text…
Contact: +60 12-364 0086
.
Sekian,
“Memperkasakan Ilmu Perundangan Anda”
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me