Sharing :

AHLI PERNIAGAAN DIDAKWA KERANA MENGHINA SULTAN PERAK

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 

Perkongsian hari ini adalah mengenai kes Pendakwa Raya v Muslim Ahmad. Ini adalah kes di mana, Tertuduh (Responden) didakwa dengan 3 kesalahan di bawah seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di hadapan Mahkamah Sesyen kerana menyiarkan komen yang menyinggung perasaan di laman rasmi Kerajaan Perak pada 7 & 8 Februari 2009. 

3 pertuduhan itu dipinda, dua kali. Tuduhan utama terhadap responden adalah: 

Pertuduhan Pindaan Pertama: 

“Tertuduh didapati menggunakan aplikasi internet pada 7 Februari 2009 sekitar jam 2.21 petang dan secara sedar membuat & mula menyiarkan komen yang bersifat jelek, iaitu”damn your sultan, “di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak dengan tujuan untuk menyinggung perasaan orang lain. 

Pertuduhan Pindaan Kedua: 

Sekitar jam 2.27 petang pada 7 Februari 2009, tertuduh didapati menggunakan aplikasi Internet dan secara sedar membuat & mula menghantar komen yang bersifat jelek, iaitu ‘your sultan kantoi,’ dengan tujuan untuk menyinggung perasaan orang lain di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak. 

Pertuduhan Pindaan Ketiga: 

Tertuduh didapati menggunakan aplikasi internet pada 8 Februari 2009 sekitar jam 4.39 petang dan secara aktif membuat & mula menyiarkan komen yang bersifat jelek “what’s the kantoi with your sultan” di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak dengan tujuan untuk menyinggung perasaan orang lain. 

Pembelaan responden adalah bahawa komen yang menyinggung itu tidak disiarkan olehnya. Dia memberi keterangan bahawa dia berada di kilangnya di Batu Caves pada 7 Februari 2009 dan 8 Februari 2009 dan dia biasa bekerja di hujung minggu. Dia memanggil dua saksi iaitu dua pekerja di kilangnya, untuk menyokong pembelaannya untuk mengesahkan bahawa dia pergi bekerja pada hujung minggu tersebut. 

Mahkamah mendapati bahawa tanpa keraguan yang munasabah, Pendakwa Raya telah membuktikan kesnya dan Responden disabit bersalah atas ketiga-tiga tuduhan tersebut. 

Hukuman maksimum: Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh setahun atau kedua-duanya. Di sini, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 bagi setiap tuduhan atau jika gagal membayar denda, enam bulan penjara sebagai ganti bagi setiap tuduhan. 

Sekian, moga artikel saya ini membuat anda lebih bijak law, 

-Liyana the Lawyer-