“Unjust enrichment” itu apa?
Unjust enrichment ni bermaksud pengkayaan secara tak adil. Anda pernah dengar? Ianya adalah satu prinsip di mana sesuatu pihak tidak boleh mendapat kekayaan yang tak wajar hasil dari kesilapannya sendiri dalam sesuatu kontrak.
Dalam kes yang diputuskan di Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah yang tertinggi di Malaysia, Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441, prinsip unjust enrichment ini telah diketengahkan.Fakta kes menunjukkan bahawa:-
A telah memasuki Perjanjian Jual Beli (‘PJB’) pada 19 November 2004 untuk membeli tanah B dengan harga RM33.5 juta bagi membina kompleks komersial. PJB itu, membenarkan A mengakses serta merta tanah itu dan untuk memulakan kerja pembinaan.
B juga memberikan perayu surat kuasa wakil (‘SKW’) kepada A bagi membolehkan A berurusan dengan tanah itu seperti ia adalah pemiliknya walaupun hanya bayaran 10% deposit dilakukan oleh A.
A kemudian telah memulakan kerja pembinaan dan menyiapkan pembinaan pusat membeli-belah dengan kos RM124 juta dalam tempoh dua tahun. Pusat membeli-belah itu menjadi pusat perniagaan yang maju dan menjelang akhir 2007 nilai pasarannya adalah lebih kurang RM387 juta.
Pertikaian di Mahkamah timbul antara A dan B selang beberapa tahun kerana B menuntut A keluar dari tanah tersebut disebabkan tidak membayar baki bayaran 90% dalam tempoh yang sepatutnya mengikut terma dan syarat PJB.
A pula membuat tuntutan balas dengan mendakwa bahawa sekiranya mereka diarahkan untuk keluar dari tanah tersebut, maka B perlu membayar pampasan kepada A kerana adalah tidak adil untuk B tiba-tiba menjadi lebih kaya disebabkan pusat membeli belah yang telah dibina oleh A membuatkan nilai hartanah tersebut menjadi jauh lebih tinggi dari sewaktu B mula menjual tanah tersebut.
Di sini, Hakim Mahkamah Perseketuan Yang Arif telah memutuskan bahawa: Adalah tidak adil jika B hanya perlu membayar A kos pembinaan pusat membeli belah itu sahaja
B diperintahkan untuk membayar kembali kepada A market value pusat membeli belah tersebut, tolak market value lot tanah tersebut tanpa pusat membeli belah itu. Konsep unjust enrichment atau pengkayaan tidak adil ini telah diterima pakai di Mahkamah sebagai salah satu tuntutan yang boleh dilakukan oleh suatu pihak selain dari perlanggaran kontrak.
Dalam situasi apa lagi konsep ini boleh digunakan? Selain dari hal hartanah , boleh juga apply dalam kes sambung bayar kereta, dan juga apa-apa kes yang menunjukkan bahawa pihak yang lagi satu mendapat manfaat yang tak adil diluar syarat dan terma kontrak.
Sekian,
Moga anda lebih pandai law setelah membaca artikel saya ini.
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me