Sharing :

BEKAS PENGURUS BESAR MENANG RM270,000.00 KERANA DIPECAT DALAM TEMPOH PERCUBAAN

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Perkongsian hari ini ialah tentang kes AHR V Lyfestyl Projects Sdn Bhd & no kes: 20/4-993/18. 

Penuntut mula bekerja dengan Syarikat Naza pada 2 Februari 2017 sebagai Pengurus Besar di bawah tempoh percubaan. Gaji bulanannya ialah RM22,500.00 dan elaun telefon bimbit sebanyak RM500.00. Dalam surat bertarikh 21 Ogos 2017, Syarikat Naza telah memaklumkan kepada Penuntut bahawa Syarikat tidak dapat mengesahkan jawatannya sejurus tamat tempoh percubaan.  

Penuntut mendakwa surat bertarikh 21 Ogos 2017 adalah surat pemecatan tanpa sebab dan tidak munasabah. Penuntut juga mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang kekurangan malah Penuntut mempunyai beberapa pencapaian sepanjang perkhidmatannya. 

Majikan menegaskan bahawa Penuntut tidak diberhentikan kerana dia telah melakukan kesalahan. Perkhidmatannya hanya ditamatkan setelah tamat tempoh percubaan kerana Penuntut tidak mencapai tahap penilaian prestasi yang memuaskan bagi Syarikat sepanjang tempoh percubaan.  

Mahkamah memanggil Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia Korporat dari Syarikat Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. sebagai saksi dan ditanya mengenai pernyataan yang dibuatnya dalam surat yang menyatakan bahawa prestasi Penuntut tidak memenuhi jangkaan namun beliau gagal menunjukkan bukti untuk menyokong keterangannya bahawa ada penilaian yang dilakukan.  

Saksi mengatakan keputusan itu sudah dibuat ketika dia bertemu dengan Penuntut pada 21 Ogos 2017. Oleh itu, sangat jelas bahawa Syarikat bermaksud untuk membuang Penuntut setelah tamat tempoh percubaannya.  

Saksi juga gagal menunjukkan bukti bahawa Penuntut diberitahu mengenai penilaian Syarikat terhadapnya sebelum keputusan untuk menamatkan pekerjaannya dibuat dan ini menyokong fakta bahawa Penuntut tidak pernah dinilai. 

👩🏻‍⚖‍👨🏻‍⚖‍ Mahkamah merasa tidak sesuai untuk memerintahkan pengembalian semula Penuntut kepada bekas jawatannya. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa award dalam bentuk pampasan adalah lebih sesuai. 

Setelah mempertimbangkan semua perkara di atas dan kesusahan yang ditanggung oleh Pihak Menuntut, Mahkamah mengawardkan sejumlah RM270,000.00 (RM22,500.00 X 12 bulan gaji) & Syarikat perlu membayar terus kepada Penuntut dari tempoh 30 hari dari tarikh Award diberikan.  

Sekian, moga artikel saya ini membuat anda lebih bijak law, 

 

-Liyana the Lawyer-