Boleh Ke Bekas Pekerja Di Saman Sebab Mencuri Idea Atau Hak Cipta Perniagaan Kita?
Ada sebuah syarikat ni yang bernama Reka Setia Playground Sdn Bhd (“Reka”). Perniagaan mereka adalah merancang, membangun, membuat dan menjual peralatan taman permainan sejak tahun 2000. Syarikat ini pernah mengambil seorang pekerja yang bernama Siow Mee Hong sejak tahun 2008 namun Siow Mee Hong telah berhenti bekerja pada 2.7.2013.
Syarat pekerjaan yang jelas antara Reka dan Siow Wee Hong adalah:-
iii. dilarang mendedahkan maklumat sulit Reka termasuk gambar, sebut harga, harga Reka, kepada orang lain.
Perletakan jawatan Siow Mee Hong bukan kebetulan. Sebenarnya, Siow Mee Hong sewaktu masih berkhidmat dengan Reka, telah menubuhkan perniagaan hak milik tunggal bernama AZ Playground Builder, sebuah syarikat yang juga menjual produk yang sama dengan Reka yang diiklankan di laman web AZ Playground Builder.
Siow Mee Hong secara jelas melanggar kontrak pekerjaan dan hak cipta Reka dengan menyalah gunakan, menciplak dan mereplikasi reka bentuk yang merupakan rahsia perdagangan Reka.
Mahkamah membandingkan gambar-gambar di halaman web AZ Playground Builder, dengan reka bentuk hak cipta Reka. Dan amat terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai kesamaan dan peniruan.
Pembelaan utama Siow Mee Hong adalah bahawa Reka tidak pernah mempunyai pendaftaran Hak Cipta atas reka bentuk dan karya yag dikatakan ditiru itu. Siow Mee Hong langsung tidak menafikan tindakannya yang menipu, menyalin dan menampal reka bentuk dan karya Reka.
Dalam afidavitnya, Siow Mee Hong juga mendakwa bahawa dia tidak mengakses atau menyalahgunakan maklumat sulit Reka kerana semua maklumat sulit dan lukisan perindustrian ini (termasuk karya dan reka bentuk berhak cipta Reka) semuanya disimpan dalam satu fail pusat ‘shared access folder’ yang dikongsi dan boleh diakses oleh semua kakitangan Reka.
Adalah pandangan Mahkamah ini bahawa Siow Mee Hong sebagai bekas pekerja kepada Reka telah mempunyai akses ke maklumat sulit dan reka bentuk perindustrian Reka, dapat menyalin dan menampal karya dan reka bentuk hak cipta Reka ke dalam laman web perniagaannya, AZ Playground Builder,
Oleh itu, Siow Mee Hong kalah dalam kes ini dan diperintahkan membayar kos RM8000.00.
Di Malaysia, pencipta karya asal secara automatik memegang hak kepadanya. Tidak perlu untuk mempunyai pendaftaran rasmi. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pendaftaran kerana ia akan membantu dengan mewujudkan bukti pemilikan dan membantu menguatkuasakan hak sekiranya terdapat pertikaian.
Karya dan reka bentuk Reka adalah hak cipta yang dilindungi, dan Reka memegang hak proprietari yang sama di bawah Seksyen 7(1) Akta Hak Cipta 1987.
Moga artikel saya pada kali ini memberi pencerahan mantap kepada anda semua tentang perundangan di Malaysia berkenaan situasi ini. Terutamanya jika anda adalah seorang majikan vs pekerja.
Sekian,
Liyana the Lawyer
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me