Sharing :

Boleh Ke Tuntut Kerugian Sivil Jika Langgar Janji Nak Berkahwin?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. 

Di dalam kesibukan saya membuat persiapan dalam kes yang saya kendalikan, pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai kes DATO A v SKS (NO 3) [1999] 6 MLJ 589, 

Fakta kes adalah seperti berikut:- 

  1. Dato A mengatakan yang beliau telah meminjam kepada defendan wang sebanyak RM262,350 untuk membolehkannya membeli saham-saham berjumlah 162,000 di dalam sebuah Sdn Bhd (saham-saham tersebut’).  

  1. Sebagai balasan , SKS menyatakan bahawa beliau akan memeluk Islam, dan berkahwin dengan dato A. Adalah juga merupakan suatu syarat bahawa SKS akan memindahkan 50% saham-saham kepada Dato A dengan baki 50% dipegang oleh SKS di atas namanya dan digunakannya di dalam keadaan di mana Dato A meninggal dunia dahulu sebelum SKS.  

  1. SKS juga perlu memulangkan saham-saham kepada dato A jika beliau gagal memeluk Islam dan berkahwin dengan Dato A.  

  1. Dato A telah menuntut, antara lain, untuk:- 

(i) suatu deklarasi bahawa beliau merupakan tuan punya saham-saham tersebut yang berada di atas nama SKS,  

(ii) harga untuk saham-saham tersebut;  

(iii) keuntungan yang diraih SKS di dalam penjualan saham-saham;  

(iv) ganti rugi teladan (exemplary damages) dan juga ganti rugi teruk (aggravated damages) untuk penipuan dan frod di dalam memperdayakan Dato A untuk mempercayai bahawa defendan akan memeluk Islam dan berkahwin dengannya;  

(v) suatu injunksi tetap untuk menegah SKS daripada menguruskan saham-saham dengan sebarang cara.  

  1. Di dalam kes ini, Mahkamah telah memutuskan bahawa:- 

(a) SKS perlu membayar kembali harga-harga saham tersebut kepada Dato A sebanyak RM131,140; 

(b) SKS perlu membayar jumlah keuntungan yang diperoleh hasil daripada penjualan saham-saham tersebut sebanyak RM19,900 

(c) Perintah tegahan menghalang SKS dari membuat apa sahaja sekalipun terhadap saham-saham yang tinggak di bawah nama SKS 

(d) Gantirugi teladan berjumlah RM500,000 kepada Dato A 

(e) Gantirugi teruk berjumlah RM500,000 kepada Dato A 

(f) Faedah dan kos yang dibenarkan. 

Sekian, kes sharing pada kali ini, 

 

-Liyana The Lawyer-