Sharing :

BOLEH KE WHATSAPP DITERIMA SEBAGAI BAHAN BUKTI?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Komunikasi melalui WhatsApp ni sentiasa ada bahananya especially apabila melibatkan nilai transaksi yang tinggi. 

Namun adakah whatsapp ni masih boleh disandarkan sebagai bahan bukti di mahkamah? 

Dalam kes yang tidak dilaporkan iaitu kes Pannir v Tan [2019] MLJU 1699 

Fakta kes melibatkan satu urusan jual beli rumah yang sebenarnya adalah sebuah transaksi pinjaman wang ah long. Modus operandi ah long ini adalah mereka akan meminjamkan wang dan dinamakan duit deposit untuk satu perjanjian jual beli rumah.  

Jadi dalam kes ini, Ah Long Lim telah meminjamkan wang sebanyak RM40k kepada Pannir dan isterinya dan telah meminta mereka menandatangani satu perjanjian jual beli. 

Setelah menerima ‘bayaran pendahuluan’, Pannir dan isterinya telah diarahkan untuk mendepositkan faedah pinjaman sebanyak MYR2,000 ke akaun, jumlah yang disediakan oleh Ah Long Lim Faedah bulanan perlu dibayar sehingga penyelesaian penuh dan muktamad pinjaman. 

Tempoh completion period siap yang panjang (12 bulan ditambah lanjutan satu bulan) dalam perjanjian adalah untuk membolehkan Pannir dan isterinya membayar balik pinjaman.  

Sebaik sahaja pinjaman telah dibayar balik, Pannir dan isterinya dipaksa untuk menandatangani dan membuat pembayaran dalam bentuk ganti rugi yang sebenarnya membayar balik jumlah pinjaman RM40K tersebut. 

Disebabkan kegagalan Pannir dan isterinya untuk membayar pinjaman tersebut dalam tempoh itu, rumah tersebut telah ‘dijual’ dan dipindahmilik dari nama Ah Long Lim kepada pembeli yang lain 

Dalam kes ini, di antara bahan bukti yang diketengahkan kepada Hakim Yang Bijaksana adalah arahan WhatsApp dari Ah Long Lim yang meminta Pannir dan isterinya memasukkan amaun RM2000 tersebut ke dalam satu akaun bank. 

Mahkamah telah bersandarkan kepada s73(A)2 dan Seksyen 6 Akta Keterangan dan menerima mesej WhatsApp tersebut sebagai bukti .  

Disini, Mahkamah berpuas hati bahawa perjanjian jual beli tersebut merupakan suatu penipuan dan ia sebenarnya bertujuan untuk menutup aktiviti pinjaman wang tanpa lesen ah long tersebut. 

Pannir dan isterinya telah berjaya mendapatkan kembali rumah mereka yang kononnya ‘dijual’ tersebut sedangkan pada hakikatnya rumah tersebut telah dirampas oleh Ah Long sebagai cagaran kepada pinjaman wang 

Sekian, moga artikel saya ini membuat anda lebih bijak law, 

-Liyana the Lawyer-