Sharing :

BOLEH TAK KENAKAN INTEREST PADA PINJAMAN PERSAHABATAN/FRIENDLY LOAN?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai kes Menta Construction Sdn Bhd v SPM Property & Management Sdn Bhd & Anor [2017] MLJU 526. 

PINJAMAN WANG. 

Jumlah pinjaman wang dari Pihak A ke Pihak B adalah sebanyak RM1,200,000.00. (Ye, RM1.2JUTA.). 

 

Fakta kes: pihak A dan pihak B terlibat dalam projek pembangunan. Pihak A yang merupakan sub-kontraktor, telah meminjamkan wang kepada Pihak B (yang merupakan kontraktor), kerana Pihak B mempunyai masalah kewangan untuk menyempurnakan projek tersebut. 

HUJAHAN PIHAK B. 

Antara hujah yang diketengahkan oleh Pihak B adalah Pihak A menjalankan perniagaan pinjaman wang yang tidak berlesen. Oleh itu, Pihak B tidak perlu menjelaskan apa-apa wang pinjaman, atau faedah yang tertunggak diatas pinjaman wang tersebut. 

Hakim Yang Bijaksana dalam kes ini tidak bersetuju dengan hujah tersebut dan memberi penghakiman sekiranya dapat dibuktikan bahawa Pihak A TIDAK menjalankan perniagaan wang yang tidak berlesen, dan pinjaman wang tersebut adalah one-off atau sekali sahaja bertujuan untuk membantu Pihak B, dimana Pihak B sendiri yang meminta pinjaman wang tersebut, ,maka Pihak A adalah tidak bersalah dan pinjaman wang itu masih sah dan tidak terbatal disebabkan ‘illegality’ di sisi undang-undang. 

KEPUTUSAN HAKIM. 

Pihak A boleh menuntut kembali wang yang dipinjamkan beserta faedah yang terkumpul . Oleh itu Mahkamah memutuskan bahawa Pihak A boleh menuntut kembali wang yang dipinjamkan sebanyak RM1.2juta kepada Pihak B beserta dengan faedah sebanyak 5% dan kos sebanyak RM50,000.00 dipertintahkan dibayar oleh Pihak B kepada Pihak A. 

Moga bermanfaat, 

-Liyana the Lawyer-