Sharing :

DAPAT SURAT SAMAN! APA NAK BUAT?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Pertama sekali, jangan kelirukan surat saman dan notis tuntutan. Selalunya, apabila anda disaman oleh sesuatu pihak, anda akan menerima 2 jenis dokumen iaitu Writ Saman & Pernyataan Tuntutan.

☝ Jangan panik. Ini bukan bermakna hidup anda telah musnah. Ini juga bukan bermakna anda boleh mengabaikan surat saman tersebut.

✔ Sekiranya anda disaman, anda mempunyai 14 hari untuk memasukkan Memorandum Kehadiran selepas tarikh terima saman tersebut.

👩‍💼 Kalau anda rasa anda mempunyai pembelaan yang kuat terhadap saman tu, anda boleh melantik peguam untuk mewakili anda dan peguam yang akan failkan Memorandum Kehadiran tersebut.

‼️ Bagaimana pula kalau anda tak pedulikan saman yang diterima atau gagal hadir ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan?

🧑‍⚖️ Plaintif (pihak yang menyaman) dengan ini boleh memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap anda. Ini bermaksud anda kalah tanpa berjuang. Apabila pihak Plaintif sudah ada Penghakiman Ingkar Kehadiran, Plaintif boleh gunakan Penghakiman tersebut untuk laksanakan pelaksanaan Penghakiman.

‼️ Oleh itu, jangan sesekali ambil mudah apabila anda menerima Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan. Jangan kalah sebelum berjuang!

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram