Tertuduh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terlibat dengan kes Yayasan Akalbudi diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
📍Kes prima facie berjaya dibuktikan.
📍Ini bermaksud Timbalan Pendakwa Raya berjaya buktikan Zahid Hamidi telah melakukan kesalahan jenayah.
😲Tertuduh didakwa atas 47 tuduhan:
– 12 tuduhan pecah amanah (criminal breach of trust)
– 8 tuduhan rasuah
– 27 tuduhan pengubahan wang haram
📍Kes kini masuk peringkat pembelaan.
📝Peguam bela diketuai peguam Hisyam Teh Pok Teik dan Hamidi Mohd Noh akan berhujah untuk bela diri.
😮Dalam tuduhan pecah amanah, Zahid dituduh guna dana Yayasan Akalbudi bagi kegunaan peribadi seperti urusan kad kredit, polisi insurans, bayaran pada firma guaman dan sumbangan pada persatuan bola sepak PDRM.
📝Jika bersalah, Zahid boleh dipenjara maksimum 20 tahun + sebat + denda.
📝Kes di peringkat pembelaan akan bersambung pada 26 April nanti.
🔎Beban bukti kini terletak pada peguam bela bagi menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kesemua 47 tuduhan yang dikenakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
© 2022 LiyanaTheLawyer
Crafted by BenHamza.my
WhatsApp Me