Sharing :

Disebabkan Sebaran Dengan Niat Jahat, Plaintif Menang RM200,000.00.

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Good evening. 

 

Awal siang tadi saya dikejutkan dengan news feed saya viral sana sini tentang seorang wanita yang meluahkan perasaan kerana telah dikayu tigakan oleh suami beliau. 

 

I dunno, to me perkara ni dah selalu sangat terjadi. Tapi peranan sosial media kini ditambah pula dengan masyarakat kita yang gemarkan cerita skandal dan sensasi itulah yang boleh membuatkan seseorang itu mentularkan sesuatu perkara sehingga boleh diketahui seluruh Malaysia dalam beberapa jam sahaja.  

 

Baiklah kali ini disebabkan kes yang viral tersebut ada unsur-unsur saman fitnah dan melibatkan posting yang viral saya nak kongsikan tentang satu kes ini iaitu Tan Sri Dato’ Seri Halim Bin Mohammad v S. [2013] 8 MLJ 348. 

 

FAKTA KES. 

 

Dalam kes ini, Tan Sri Dato’ Seri Halim bin Mohammad (plaintif) merupakan seorang tokoh perniagaan dan korporat yang terkenal di Malaysia, manakala defendan pertama dan kedua adalah pasangan suami dan isteri yang telah menubuhkan sebuah sebuah akademi penerbangan swasta yang dimana majoriti saham syarikat tersebut telah dibeli oleh Plaintif.  

 

Terdapat perbezaan pendapat antara defendan dan plaintif yang menyebabkan kedua pihak telah terlibat dalam prosiding saman menyaman. Walau bagaimanapun, plaintif mendakwa bahawa defendan melalui peguam mereka telah menyebabkan kandungan writ dan penyataan tuntutan (‘writ dan PT’) yang tidak dimeterai, yang mana mengandungi kenyataan fitnah mengenai plaintif-plaintif, disiarkan dalam akhbar, TV3 dan Bernama.  

 

Plaintif-plaintif mendakwa bahawa penerbitan kenyataan fitnah mengenai mereka telah menyebabkan mereka mengalami penderitaan mental, tekanan, kebimbangan dan malu. Plaintif kemudian menuntut gantirugi di atas tort fitnah tersebut. 

 

DEFENDAN PERTAMA MENINGGAL DUNIA. 

 

Dalam perjalanan prosiding ini, Defendan Pertama telah meninggal dunia dan tuntutan Plaintif berjalan ke atas Defendan Kedua.Defendan Kedua telah menafikan tuntutan plaintif dan Selain itu defendan memplidkan pembelaan keistimewaan mutlak dan justifikasi dan permohonan agar tuntutan plaintif ditolak dengan kos. 

 

Pendek kata, Defendan Kedua ni cakap apa yang dia buat tu sebenarnya dia ada sebab dan alasan kukuh dan benar serta menafikan tahu menahu anything pasal kenyataan fitnah terhadap Plaintif tersebut. 

 

Cuma masalahnya di sini, Defendan kedua telah memberikan keterangan bahawa dia tidak cuba menafikan menerbitkan kenyataan fitnah atau menafikan penglibatannya dalam perkara tersebut. Defendan kedua tidak melakukan apa-apa untuk memaklumkan kepada umum mengenai penarikan balik tersebut.  

 

TERBUKTI DEFENDAN BERNIAT JAHAT. 

 

Di sini, adalah jelas bahawa defendan-defendan berniat jahat dalam memberikan kuasa kepada peguam mereka untuk memaklumkan kepada media dan menyebabkan salinan prosiding yang tidak diendors dengan meterai mahkamah kepada media. Bersandarkan ini, defendan kedua bertanggungan ke atas kesemua plaintif bagi tort fitnah 

 

PAMPASAN YANG DIHAKIMI MAHKAMAH. 

 

Nak tahu berapa Plaintif dapat dalam kes ini?. Ada 5 orang plaintif. Plaintif pertama mendapat pampasan sebanyak RM200,000 manakala lagi 4 orang plaintif mendapat RM50,000.00 seorang. 

 

Oleh itu, hati-hati dan fikir dalam-dalam dulu sebelum nak posting apa-apa ye. Takut kalau tersalah langkah boleh bawa padah. 

 

Sekian, 

-Liyana The Lawyer-