Sharing :

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA? BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Gangguan Seksual di Tempat kerja? Bagaimana untuk mengatasinya?
.
🖋️ Pengadu tidak pasti sama ada gangguan seksual telah terjadi ke atasnya atau jika Pengadu mempercayai dirinya telah mengalami gangguan seksual tetapi tidak pasti apakah tindakan yang boleh diambil.
.
📌 Jika anda ingin menyelesaikan secara tidak rasmi, pertama sekali ialah anda perlu menghubungi Kaunselor, Pegawai Kaunseling, pegawai atasan atau agensi-agensi yang mengendalikan isu gangguan seksual untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat;
.
🚓 Sekiranya anda bercadang untuk membuat aduan/laporan rasmi, anda perlu merujuk kepada pihak yang berkenaan seperti Peguam terlebih dahulu. Di mana Peguam akan memberikan nasihat guaman berdasarkan kes-kes anda.
.
👨🏻‍⚖️👩🏻‍⚖️ Peguam akan menasihati anda untuk membuat laporan rasmi kepada Pihak Berkuasa Tatatertib mengenai kejadian gangguan seksual supaya tindakan tatatertib diambil terhadap Pegawai Yang Disyaki Menganggu.
.
⚖️ Sekiranya perbuatan gangguan seksual merupakan kesalahan jenayah, seperti mencabul kehormatan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, dan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan sebagainya, anda hendaklah terus membuat laporan kepada polis atau agensi yang bertanggungjawab.
.
📲 Hubungi 012 364 0086 atau 012 364 7290 untuk maklumat lanjut dan tempah nasihat guaman bersama Peguam-peguam kami.

 

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram