Sharing :

ISU SAMBUNG BAYAR KERETA

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Sepanjang PKP ni bermacam-macam jenis masalah orang datang consult pada saya. Ada yang consult mengenai kes Saman Malu, ada yang consult mengenai masalah dengan JMB, ada yang consult mengenai kes pemulangan wang, ada yang kes pecah kontrak. Tapi kali ni saya nak focus pasal persoalan mengenai sambung bayar kereta. 

 

Ahhah, rasanya tak exaggerate saya menyatakan adalah dalam 10 orang tanya saya soalan berkisar kan hal ini. Dan dalam tu ada jugalah yang open file dengan firma kami. Syukur sekali lagi saya ucapkan. 

 

Kali ini saya nak share mengenai kes yang dah diputuskan di Mahkamah. Kes ini mengenai isu sambung bayar kereta ni lah. Ingin saya ingatkan di sini, tiada dua kes yang sama. Anda mungkin perasan kes anda similar. It might be Similar, but it’s not the same. Jika anda rasa ala-ala sama dengan situasi anda, tolong consult with a proper lawyer first ye. 

 

Kes ini adalah kes Shanti a/p Edward Joseph v Shanmuganathan a/l Venugopal & Anor [2015] MLJU 2087 yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Ipoh. Di dalam kes ini, 

 

Shanti merupakan penjamin bagi pinjaman yang diperoleh oleh mendiang suaminya Kumar a/l Murugayya daripada Malayan Banking Berhad (MBB) bagi pembelian sebuah kereta jenis Toyota Camry dengan no. pendaftaran AGA 9599 (kereta tersebut) pada 12/1/2010. Pada masa suami Shanti meninggal dunia pada 24.6.2010, kereta tersebut baru digunakan lebih kurang 6 bulan. 

 

Shanti pada semua masa yang material bekerja sebagai seorang jururawat di Hospital Sungai Buloh dan dengan gaji yang terima, Shanti tidak mampu untuk memiliki serta meneruskan pembayaran ansuran bulanan kereta tersebut yang berjumlah RM1797.00. 

 

Shanti tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kemudiannya bapa mertua Shanti telah memperkenalkan Shanti dengan defendan pertama yang mana telah menyatakan kesanggupannya untuk mengambil alih kereta tersebut dengan cara meneruskan bayaran ansuran dengan MBB. Bagi tujuan tersebut, satu perjanjian telah ditandatangani pada 9.7.2010 (Perjanjian tersebut) di antara Shanti dan defendan pertama. 

 

Tuntutan Shanti 

 

Berdasarkan Perjanjian tersebut, defendan pertama secara jelas dan nyata bersetuju meneruskan bayaran ansuran kereta tersebut dengan pihak MBB dan Shanti akan memindah milik kereta tersebut setelah defendan pertama menyelesaikan keseluruhan bayaran MBB. Defendan pertama tanpa sebarang kebenaran daripada Shanti telah menjual kereta tersebut kepada orang lain sedangkan dalam perjanjian telah disebut secara nyata keperluan pemberian kebenaran tersebut secara bertulis oleh defendan pertama kepada Shanti. 

 

Dalam kes ini, Hakim telah memutuskan bahawa Perjanjian tersebut telah dideraf dengan betul dan benar serta menyatakan dengan jelas niat pihak-pihak yang terlibat. 

 

Oleh itu, Defendan telah diperintahkan untuk menyerahkan kembali kereta tersebut kepada Shanti disebabkan Defendan telah enggan membuat bayaran ansuran sepertimana bayaran yang telah dipersetujui beserta dengan kos-kos dan penalti tunggakan. 

 

Sekian case sharing dari saya pada kali ini, 
Moga memperkasakan ilmu perundangan anda semua. 


-Liyana the Lawyer-