Sharing :

KALAU ADA PERJANJIAN LENGKAP SENANG MENANG DI MAHKAMAH?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. 

 

Semalam ada orang menelefon saya untuk bertanyakan tentang kes beliau. Ceritanya dia dah 18 tahun berkecimpung dalam industri perfileman sebagai independent director namun sehingga ke hari ini beliau meluahkan perasaan frust dan sedih kerana hal tak dapat payment masih berleluasa dari dulu hingga sekarang malah menjadi semakin teruk. 

 

Bila saya tanya hitam putih ada tak beliau berkata ya, ada namun macam tiada gunanya hitam putih itu sebab nak bawa kes ke mahkamah pun makan kos ribu-ribu. Saya kemudian menerangkan kepada beliau tentang Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 

 

Macam mana tu? Di sini saya ingin berkongsi tentang kes Orix Factoring Malaysia Sdn Bhd v E-Furnishings International Sdn Bhd [2010] 9 MLJ 65,  

 

Di dalam kes ini, Pihak Plaintif telah meminjamkan sejumlah fasiliti pinjaman kepada Defendan di maan Defendan telah memungkiri terma terma perjanjian pinjaman tersebut. Oleh itu, Plaintif telah memulakan tindakan Mahkamah. 

 

Defendan pula telah mengakui keberhutangan mereka kepada Plaintif. Dan Plaintif terus memohon kepada Mahkamah Yang Mulia untuk memasukkan Penghakiman Terus di bawah Aturan 14. 

 

Pihak Defendan cuba membantah dengan membangkitkan isu bahawa kiraan penyata akaun Plaintif yang telah diberikan kepada Defendan adalah silap.Mahkamah memutuskan bahawa memandangkan Defendan telah secara bulanan menerima penyata akaun dan tidak pernah pun sebelum ini membangkitkan isu tersebut.  

 

Jadi, Defendan tidak boleh kini menafikan bahawa Defendan berhutang dengan Plaintif.Tiada apa pembelaan yang boleh diutarakan dan digunapakai oleh Defendan dan Liabiliti Defendan adalah jelas. Oleh itu, Penghakiman diberikan memihak kepada Plaintif TANPA PERLU BICARA PENUH. 

 

Nota kaki: Perjanjian yang bagus dan lengkap nescaya boleh membawa seribu satu kebaikkan kepada anda. 

 

Sekian,  

-Liyana the Lawyer-