Sharing :

KEMUNGKIRAN KONTRAK PERKAHWINAN : Boleh Saman Ke?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Kelmarin, saya telah dibook sesi konsultasi bersama-sama seorang gadis yang manis molek bertudung orangnya. 

 

Sebelum saya mulakan, ingin saya nyatakan di sini bahawa tujuan saya berkongsi kes pada kali ini adalah untuk menerangkan kepada anda apakah perundangan dari segi SIVIL di bawah cabang kemungkiran kontrak. 

 

Dan untuk ambil ikhtibar untuk mengajar anak lelaki dan anak perempuan anda supaya janganlah membuat perkara begini. Yang lelaki sila jangan berperangai dayus dan yang perempuan, sila jangan biarkan diri diperbodohkan hanya dengan kata-kata dan janji manis yang akhirnya nista. 

 

Wanita ini yang saya gelarkan sebagai ‘Ani’ (bukan nama sebenar) telah bercinta dengan seorang jejaka yang dikenalinya sejak zaman belajar. Mula-mula Ani ni tak minat dengan lelaki tersebut namun lama-kelamaan, setelah diceritakan perkara-perkara baik mengenai lelaki ini oleh rakan-rakan sekeliling, pintu hatinya terbuka untuk menerima cinta lelaki tersebut. 

 

Lelaki dayus ini kita namakan sebagai “Encik S (for Setan)” telah memberikan janji manis akan bernikah dengan Ani. Oleh itu, diminta Ani ni tidur dan korbankan daranya. Antara alasan yang diberikan adalah Encik S ni tak kisah kalau lepas kahwin tiada darah di katil as long as Encik S ni yang pecahkan dara Ani.  

 

Of course lah selepas itu, Encik S ni memutuskan hubungan. Kemudian apabila Ani ni merayu untuk Encik S ni kotakan janjinya untuk bernikah, dari segi perbualan WhatsApp yang saya baca, Encik S ini pula yang ugut untuk ambil tindakan undang-undang ke atas Ani. Siap kata dia dah baca segala akta lagi yang menyatakan bahawa Ani ni confirm bersalah kerana cuba buka aib orang. Ini sangat lawak. 

 

Bila Ani ni tunjukkan segala bukti kepada saya tentang janji bulan dan bintang lelaki ini kepada saya, memang jelas tertera bahawa Encik S ni memang meminta untuk tidur bersama dan janji akan berkahwin dengannya. Segalanya ada dalam bentuk rakaman video, WhatsApp yang memang cukup bagi saya untuk dijadikan bahan bukti di Mahkamah. 

 

Jadi persoalannya boleh ke lelaki ni disaman kerana mungkir janji nak kahwin? Jawapannya adalah YA. Kita ada satu kes yang dijadikan precedent dalam perkara ini iaitu kes NAFSIAH v ABDUL MAJID (NO 2), [1969] 2 MLJ 175, 

 

Di dalam kes ini, kedua-duanya merupakan melayu Muslim. Abdul Majid telah pun berkahwin dan mempunyai seorang isteri namun telah menjalinkan hubungan dengan Nafsiah sehinggakan Nafsiah melahirkan anak luar nikah. 

 

Di sini Nafsiah telah melantik peguam dan membawa tindakan sivil di Mahkamah atas tuntutan pampasan dan gantirugi disebabkan kemungkiran janji Abdul Majid ini untuk berkahwin dengan beliau. Mahkamah memutuskan YA memang ada kemungkiran kontrak dan telah memerintahkan Abdul Majid memberi pampasan kepada Nafsiah. 

 

Jadi kesimpulannya dalam kes Ani vs Encik S ni pun sama. Saya nasihatkan kepada Ani bahawa boleh membawa tindakan ini di Mahkamah kerana memang ada undang-undang dan kes yang sedia ada yang memihak kepada Ani.  

 

Insyaallah kebenaran akan berpihak kepada Ani dan ini juga adalah pengajaran kepada Encik S supaya jangan pandai bermain kata dan perasaan wanita yang pernah cinta dan sayangkan anda dan percaya janji anda untuk berkahwin dengannya. 

#LiyanaTheLaywerLegalAdvise