Sharing :

KENAPA MANGSA SCAM MUDAH DITIPU?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Banyak sebenarnya kes mangsa ditipu scammer. Sejak dua menjak ni ada pula scammer yang sama dulu kembali lagi. Scammer yang terbabit adalah orang yang sama. Modus operandi je berbeza.  

 

Kalau dulu dia scam orang guna skim pusat tuisyen yang menjanjikan pulangan pelaburan yang menguntungkan, kini dia kembali dengan menjual produk seorang artis yang agak terkemuka di tanah air dan mengaku stokis. 

 

Sebab itu saya sentiasa berpesan kepada sesiapa yang rajin mendengar dan membaca – scammer zaman sekarang makin bijak dan pandai. Mereka twist dan kaburi mata orang ramai dengan menunjukkan statement account perniagaan yang sampah takpun kekayaan dasyat.  

 

Iyelah, saya bagi contoh, scammer A akan minta seorang laburkan RM25OK dalam skim pusat tuisyen . Kalau dah 10 orang dia berjaya pujuk dan minta bank in duit sebanyak tu, buatlah kira-kira anda sendiri- RM250K x 10 orang= RM2.5JUTA. 

 

Nah, nanti statement RM2.5juta inilah yang akan diprint out dan dicanang kepada orang ramai kononnnya inilah hasil lumayan pelaburan dalam pusat tuisyen tersebut. Orang yang senang sangat termakan dengan harta duniawi akan mempercayai statement bank ini kemudian melaburkan pula wang mereka dengan harapan boleh kaya raya cepat. 

Jadi kali ini saya nak share mengenai kes yang berlaku pada tahun 2004 mengenai hal yang mungkin sama tetapi tak serupa. Dalam kes GOLDEN BOND SDN BHD v SABTRA SDN BHD & ANOR, [2004] 7 MLJ 493 fakta kes menunjukkan bahawa, Syarikat A telah membuat satu perjanjian mengekstrak dan membeli kayu balak dengan Syarikat X berpunca daripada perbincangan di antara Datuk Y, yang mana anak-anaknya merupakan pemilik Syarikat A , dan John yang menguruskan Syarikat X melalui isterinya.  

Hasil daripada perjanjian tersebut, Syarikat A telah membayar Syarikat X deposit sebanyak RM2 juta. Syarikat A telah membawa tindakan ini untuk salah nyata fraud terhadap Syarikat X, dan mengadu bahawa ia telah ditipu untuk mempercayai bahawa mereka boleh mengekstrak kayu balak daripada tanah berkenaan sedangkan ianya tidak benar.  

Di sini hakim yang bijaksana telah memutuskan membenarkan tuntutan Syarikat A:- 

 

(1) Syarikat A telah membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa salah nyata fraud yang dibuat oleh John telah mendorong Syarikat A untuk memasuki satu perjanjian yang tidak berguna 

(2) Syarikat X tidak boleh dibebaskan daripada liabiliti dengan mengadu bahawa Datuk Y merupakan seorang ahli niaga kayu balak yang berpengalaman ataupun dia telah menerima arahan daripada seorang peguam yang telah mengkaji perjanjian berkenaan. 

(3)Tuntutan Syarikat A untuk pembayaran balik baki deposit berjumlah RM87,478.35 dan (4) Syarikat X telah mendapatkan faedah RM2 juta yang tidak sepatutnya disebabkan oleh salah nyata fraud yang dibuat oleh John. Maka atas sebab inilah ganti rugi teladan sebanyak RM100,000 diberikan kepada Syarikat A. 

Sekian, moga anda menjadi semakin bijak law dan pandai tapis scammer setelah membaca artikel saya ini. 

-Liyana the Lawyer-