Biar saya bercerita mengenai apa kerja yang dilakukan oleh seorang peguam sepanjang mengendalikan sesebuah kes. Ramai yang tidak tahu dan salah anggap bahawa peguam kerjanya hanya hadir pada hari Bicara dan berhujah sehujah hujahnya dihadapan Hakim sahaja kan?
SALAH.
Berikut merupakan summary ringkas jalan kerja yang involved apabila seorang peguam menjalankan satu kes:-
Client tersebut pula beriya cakap bukti dia cukup untuk menumpaskan pihak lawan. Maka bersengkang matalah saya, Tuan Iznan dan staf kami meneliti satu-satu apa yang diberikan. Eyh stress teruk tau kalau susunan dokumen caca merba.
Bayangkan jika kami peguam yang dilantik pun tidak faham apa yang diberikan oleh Client, bagaimana anda harapkan seorang Hakim yang baru pertama kali mendengar cerita kedua dua belah pihak pada hari Bicara untuk faham dan memberi keputusan kes yang adil?
Segalanya terletak kepada susunan jalan cerita kes. Kepada anda yang sedang berada dalam suatu masalah yang anda rasa-rasa sudah kepada peringkat saman-menyaman, sebelum berjumpa peguam silalah semak kembali segala bahan bukti yang anda ada dan pastikan semuanya tersusun kemas ikut tarikh. Ini memudahkan untuk kami ikuti jalan cerita peristiwa yang berlaku sehingga membawa kepada legal action.
Munah disaman oleh Ali kerana Ali menyatakan bahawa Munah berhutang wang sebanyak RM300,000.
Apabila Munah memberi penjelasan kepada kami, sebenarnya wang RM300,000 tersebut adalah hadiah pemberian oleh Ali sewaktu Ali dan Munah bergelar pasangan kekasih. Munah siap tunjukkan kepada kami bahan bukti berbentuk WhatsApp dimana Ali menyatakan dia tidak boleh terima bahawa mereka sudah putus dan oleh kerana ingin membalas dendam dan ingin menjumpai Munah sekali lagi, beliau sanggup menyaman Munah.
See? Twist story yang unexpected.
Sebab itulah kena SEDIAKAN BAHAN BUKTI dan JANGAN BERSELINDUNG dengan peguam anda tentang apa fakta sekalipun.
Dalam kes di atas peguam Ali kelam kabut apabila Munah yang telah melantik kami membuat Afidavit yang mengakui tentang jalinan kasih dan pemberian hadiah sebanyak RM300,000 bermaksud ianya bukanlah hutang atau pinjaman wang.
Okaylah, tak sempat saya menaip panjang. Anak saya dah nangis nak susu.
Esok kita sambung insyallah.
Sekian,
Peguam yang dah lama tak sempat post kerana dalam pantang,
-Liyana the Laywer-
P/s: identiti pihak-pihak di atas telah dikaburkan dan dipinda sedikit nama dan fakta. Client privilege.
Okaylah, mak dan suami saya sedang tolong entertain Nayla
jadi sempat lah saya karang sedikit lagi sambungan dari semalam.
Where was I?
Oh, okay apa yang dbuat selepas poin nombor 4, iaitu merangka jalan cerita dari bahan bukti yang diberikan oleh Client.
Fi pemfailan di Mahkamah ni berbeza-beza ye bagi setiap Mahkamah, semakin tinggi hirarki Mahkamah yang ingin difailkan disebabkan semakin tinggi nilai tuntutan, maka semakin mahal.
Berikut merupakan sistem lazim kertas kuasa yang perlu difailkan oleh kedua-dua belah Pihak sebelum sesuatu tarikh Bicara ditetapkan:-
Kesemua kertas kuasa diatas PERLU dijawab dalam masa 14 hari oleh kedua-dua belah pihak. Jadi anda bayangkanlah jika kami ada 10 fail yang sedang berjalan serentak dalam suatu masa. Terkejar kejar kami nak rangka ayat nak bidas kertas kausa PPL. Iyelah, bila berlawan mestilah kita nak menang.
Jika terlepas dateline tersebut,ada kemungkinan kes akan dibuang kerana tidak menepati dateline yang diberikan oleh Mahkamah untuk menyiapkan kertas kausa tersebut.
Saya berikan contoh kes yang pernah kami kendalikan dimana terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam satu kes scam:-
45 lebih orang ingin menyaman anak guam kami kerana terdapat satu dakwaan dimana anak guam kami telah menipu semua mangsa ini di atas pelaburan dan/atau jual beli emas.
Namun apa yang sebenarnya berlaku adalah anak guam kami juga telah ditipu oleh pihak lain yang saya namakan Company X.
Dalam kes ini, kami kena trace kembali bank statements dan bayaran yang telah dilakukan oleh 45 orang ini kepada anak guam kami, dan bayaran anak guam kami kepada Company X tersebut.
Malah , kami kena selongkar kembali dan lihat satu -persatu komunikasi melalaui WhatsApp, messenger, SMS, emel, surat, yang telah dilakukan oleh anak guam kami dengan 45 orang tersebut dan juga Company X.
Kami kena fikir juga siapa yang boleh menjadi saksi kepada anak guam kami untuk mengesahkan bahawa memang Company X yang telah melakukan penipuan sebenarnya dan anak guam kami juga tersepit sebagai orang tengah.
Anda bayangkan bagaimana jika dalam 45 orang tersebut, kami boleh dapat 5 saksi, setiap satu saksi ini kami perlu sediakan Penyata Saksi mereka untuk difailkan di Mahkamah. Sudahlah mereka ini juga lazimnya tidak oernah terlibat dan menjejak kaki ke Mahkamah.
Jadi inilah ringkasan kerja seorang peguam apabila mengendalikan sesebuah kes. Ada banyak lagi selok-belok dan liku-liku. Tapi saya buat penulisan ini untuk memudahkan pemahaman anda semua.
Sekian,
-Liyana the Lawyer-
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me