Kes Dimana Jururawat Dituduh Sebagai Pelacur dan Menang Kes Saman Fitnah.
Pernahkah anda mendengar seorang memanggil seorang wanita sebagai “pelacur”? Tahukah anda bahawa perkara ini boleh dibawa ke Mahkamah Sivil sebagai kes Saman Fitnah dan wanita yang difitnah sebagai pelacur itu boleh menang dan mendapat pampasan WANG RINGGIT demi memulihkan reputasi beliau sebagai seorang wanita?
Seksyen 4 Akta Fitnah 1957 Malaysia menyatakan bahawa seorang wanita yang difitnah tentang kehormatannya adalah satu kesalahan sivil yang tidak perlu dibuktikan dengan kerugian.
Ini adalah perkongsian khas dari saya, Liyana The Lawyer kepada semua wanita diluar sana yang wajar dihormati tentang kes Luk Kai Lam v Sim Ai Leng [1978] 1 MLJ 214, FC
Ini adalah kes rayuan dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan di mana Hakim yang bijaksana telah memutuskan bahawasanya Nurse A, seorang wanita berbangsa Cina telah diftinah dan dihina oleh Nurse B.
Nurse B yang juga merupakan seorang wanita berbangsa Cina telah memanggil Nurse A sebagai seorang pelacur yang menjual badan demi mendapat kesenangan hidup dan kata-kata tersebut telah diucapkan di hadapan pihak ketiga.
Perkataan fitnah yang diucapkan oleh Nurse B mendatangkan malu dan hina bukanlah dari segi kerjaya Nurse A sebagai seorang jururawat professional, namun perkataan yang dilemparkan bahawa Nurse A adalah seorang pelacur merupakan suatu fitnah yang dasyat dan bertujuan untuk menjatuhkan maruah, kehormatan dan reputasi Nurse A sebagai seorang wanita.
Dalam kes ini, fakta kes yang dilaporkan adalah seperti berikut:-
Pada suatu hari Nurse A telah bergaduh dengan seorang Nurse lain yang bernama Miss Yeo disebabkan anak lelaki Nurse A telah mengadu bahawa beliau telah dipukul oleh Miss Yeo. Nurse B telah terdengar perbualan antara Nurse A dengan suami kawannya di dalam satu bilik.
Nurse A telah menyatakan bahawa Nurse B adalah seorang yang sejahat Miss Yeo.
Disebabkan itu, Nurse A dan Nurse B ni pun bergaduh mulut di mana masing-masing memanggil seorang lagi sebagai pelacur dan dakwaan menjual badan demi kesenangan hidup sebelum mereka berkahwin dilemparkan.
Yang uniknya dalam kes ini, kedua-dua Nurse tersebut dihukum membayar pampasan kepada pihak yang satu lagi kerana elemen-elemen Saman Malu telah dipenuhi.
Hasilnya, saya rumuskan jika salah seorang dari Nurse tersebut bertindak mendiamkan diri sewaktu bergaduh mulut dimana tuduhan lacuran badan telah dilemparkan, mungkin Nurse yang diam tersebut akan mendapat pampasan yang lagi banyak.
Ahha, boleh tahan kelakar juga ya. Tapi secara serius, menghina dan memanggil seorang wanita sebagai “pelacur” atau perkataan perkataan yang seangkatan dengannya bukanlah sesuatu yang patut dipandang ringan.
Beban bukti terletak kepada pihak yang mendakwa. Tapi, jika boleh dibuktikan kerana orang yang mendakwa itu adalah seorang pelanggan,
maka itu dah menjadi kes jenayah lain pula ye. “Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapak”
Sekian, love the women around you and do not call them “prostitutes” or “whores”. Kemain bodoh perlakuan itu dan wajar diheret ke Mahkamah.
This post is dated 02.01.2020, Thursday.
Liyana The Lawyer.
© 2022 LiyanaTheLawyer
Crafted by BenHamza.my
WhatsApp Me