Sharing :

KES DJ RADIO DIPECAT DALAM MASA 7 HARI

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Harini saya nak share case tentang DJ radio diberi notis berhenti 7 hari. 

Case No: 4/4-300/19 di antara Muhammad Ishak Bin Ibrahim V. Kool FM Radio Sdn. Bhd. 

Penuntut bekerja part time di konti radio bermula 1.08.2017 sebagai DJ Radio bergaji sebanyak RM200.00 setiap shift selesai. Pada 01.01.2018 penuntut telah memulakan pekerjaan dengan syarikat secara sepenuh masa sebagai DJ Radio dengan gaji sebanyak RM7,000.00 sebulan.  

Pada 01.08.2018 syarikat telah memberi notis berhenti kerja (7 hari) serta merujuk kepada perjanjian antara syarikat dan penuntut dimana syarikat boleh memberhentikan pekerja tanpa memberi sebab dan pampasan untuk pemberhentian tersebut.  

Dalam perjanjian baru, syarikat masih mengatakan bahawa penuntut hanyalah seorang “independent contractor”. Manakala penuntut mempertikaikan bahawasanya penuntut adalah seorang pekerja dan pemberhentian dia adalah tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Syarikat memberi bukti melalui “Group General Manager” dan juga “CEO” yang telah bertanggungjawab mengeluarkan surat berhenti kerja kepada penuntut. 

Mengikut perjanjian antara Syarikat dan penuntut, dinyatakan bahawa penuntut adalah seorang “independent contractor” yang bermaksud penuntut bukan bekerja dibawah syarikat mengikut “Industrial Relations Act 1967”. Syarikat juga mengatakan bahawa penuntut tidak ada hak untuk membawa kes ini ke mahkamah industri untuk pembuangan kerja tanpa sebab. 

Mahkamah mempersoalkan syarikat bahawa sekiranya penuntut adalah “independent contractor”, kenapa penuntut perlu membuat kerja kerja pejabat pada isnin hingga jumaat yang lebih dikenali sebagai tempoh bekerja untuk pekerja pejabat. 

KEPUTUSAN. 

Mahkamah memutuskan bahawa syarikat telah memecat penuntut tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Justeru itu, mahkamah memutuskan pampasan sebanyak RM 112,000.00 sebagai gaji kebelakang Selama 16 bulan mengikut gaji RM7,000.00 sebulan dan RM5,420.00 untuk bulan Ogos 2018. 

RM112,000.00 + RM5,420.00= RM 117,420.00 

*Side note. 

Syarikat menyatakan bahawa mereka memecat penuntut atas dasar prestasi penuntut tidak memuaskan, tetapi didalam surat pemecatan tersebut, pihak syarikat tidak menyatakan tentang isu tersebut.  

Sekian, 

-Liyana The Lawyer-