Sharing :

KES GURU DIPAKSA LETAK JAWATAN

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. 

Pada hari ini saya nak share sikit tentang kes di mahkamah perusahaan berkenaan guru yang dikatakan telah dipaksa meletakkan jawatan. 

Kes no: 14/4-279/19 di antara Prema Latha A/P S Kandasamy V. Wembley Academy Sdn. Bhd. 

Penuntut memulakan kerjayanya sebagai guru di Syarikat ini pada 9.1.2017 untuk tempoh kontrak yang bermula pada 9.1.2017 sehingga 1.12.2018 dengan bayaran gaji sebanyak RM 3200.00 serta elaun pengangkutan dan elaun makan masing – masing berjumlah Rm 150.00 Sebulan. 

Selepas itu, penuntut telah ditawarkan menjadi Head Of Junior School mulai 01.09.2017 hingga 06.12.2019 dengan bayaran gaji sebanyak Rm 3400.00 serta elaun pengangkutan dan elaun makan masing-masing berjumlah RM 150.00 Sebulan. Ini juga adalah jawatan dan gaji terakhir Penuntut ketika dibuang kerja. 

Penuntut menyatakan bahawa dia dibenarkan bertugas sehingga tempoh tamat kontrak iaitu pada 06.12.2019. Beliau juga menegaskan bahawa Syarikat telah menamatkan tempoh kontrak perkhidmatannya lebih awal leibh kurang 12 bulan sebelum tamatnya tempoh kontrak tersebut. 

Syarikat pula menegaskan bahawa sebaliknya penuntut menghantar surat perletakan jawatan secara sukarela dengan memberi 3 bulan notis bertarikh 8.10.2018 dimana tarikh akhir perkhidmatan penuntut adalah pada 31.12.2018.  

Syarikat telah membangkitkan mengenai maklumbalas yang diterima dalam kajian/survey secara online iaitu student feedback.  

Antara komen yang diterima : 

1) Membosankan; 

2) Sentiasa menggunakan telefon 

3) Tidak menghormati para pelajarnya; 

4) “Having the skill to tease and offend student”; 

5) “Always make a lot of stories about us” and etc. 

Keputusan  

Setelah mengambil kira semua keterangan yang dikemukakan, mahkamah memutuskan tidak terdapat perletakan jawatan secara paksaan. Sebaliknya penuntut sendiri yang telah meletakkan jawtannya secara sukarela, tanpa sebarang tekanan, paksaan mahupun ugutan. 

Nota kaki: 

Syarikat boleh membuang penuntut dalam tempoh dua bulan kerana bulan disember tiada apa apa aktiviti, tetapi syarikat masih bermurah hati dengan membenarkan penuntut bekerja sehingga bulan Disember dan membayar gaji bulan Disember kepada penuntut. 

Oleh itu, saya ingin nasihatkan kepada anda diluar sana bahawa mendapatkan survey atau feedback form adalah satu langkah yang bagus untuk mendapat input tentang prestasi kerja seseorang. 

Moga bermanfaat. 

-Liyana The Lawyer-