Sharing :

KES KENYATAAN FITNAH DI FACEBOOK DISELESAIKAN DENGAN BAIK

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Kes Kenyataan Fitnah di Facebook berjaya diselesaikan secara baik. Alhamdulillah. 

Minggu ini, memang Partner saya, staff saya dan juga saya, terkejar-kejar semua dateline untuk segala kes yang tergendala disebabkan PKP dulu. Sampai nak rehat pun ambil break kejap kejap je untuk makan dan solat. 

Tetapi alhamdullilah syukur, hari ini saya dengan sukacitanya dapat memaklumkan kepada Anak Guam saya bahawa kes beliau telah diselesaikan secara baik kerana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah di Facebook mengenai Anak Guam saya telah membayar pampasan dan memadamkan kenyataan fitnah tersebut. 

Buat pengetahuan anda semua, Anak Guam saya ni bukan calang-calang orangnya ye. Beliau adalah seorang pensyarah, penulis buku, serta penceramah motivasi bebas yang memiliki pengaruh dan pengikut ramai di media sosial  

Memang rezeki Anak Guam saya. Saya dan team tumpang gembira. Saat-saat beginilah yang membuatkan saya bersyukur saya kekal berkecimpung dalam bidang ini.  

Sekian, 

-Liyana the Lawyer- @ Shah Alam, Malaysia