Sharing :

KES MENGENAI PENYEBARAN GAMBAR LUCAH KEPADA KANAK-KANAK

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

[KES MENGENAI PENYEBARAN GAMBAR LUCAH KEPADA KANAK-KANAK]

Wah, heading sudah begitu gempak bukan? Saya faham sepatutnya pada bulan Ramdhan ini Syaitan semuanya diikat namun ada juga manusia yang bertopengkan syaitan.

Sebentar tadi saya telah diajukan soalan mengenai perkara ini oleh ayah kepada seorang kanak-kanak perempuan yang telah menjadi mangsa dimana beliau diganggu. Si Pesalah Laku telah mengupload gambar mangsa dengan caption yang lucah di status instatory.

Apakah status perundangan mengenai perkara ini?

Di dalam kes PP v Mohamad Rizki Hamidasli (2017)

Rizki, 35, seorang jurujual telah dituduh menyebarkan gambar lucah kepada kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun melalui aplikasi Wechat pada 8 Julai 2017. Gambar lucah itu ditemui oleh kakak kepada kanak-kanak perempuan itu selepas beliau memeriksa telefon mangsa.

Rizki telah menghantar gambar alat sulitnya, dan meminta gambar bogel mangsa dan gambar alat sulit mangsa, serta memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks di sebuah hotel.

RIZKI TELAH DITUDUH: Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana beliau telah mengaku bersalah.

Hukuman Majistret Kuala Lumpur (18/07/2017) : Mengenakan denda sebanyak RM 2,500 atau 4 bulan penjara.

Sekian,

#LiyanaTheLawyer

#SayNoToSexualPredators

#LagiLagiYangPedo