Kes pada kali ini saya sedang discuss dengan Partner saya Tuan Iznan. Agak best kes ini kerana ianya banyak membentangkan prinsip perundangan terutamanya fraud/tipu daya oleh pihak Defendan kepada Plaintif.
Apa yang dapat saya simpulkan adalah , dalam kes [2019] 1 LNS 1981 ini, arwah Siti telah meninggal dunia dan dua orang telah dilantik menjadi pentadbir kepada rumah milik arwah Siti.
Pentadbir ini membawa tuntutan keatas sebuah syarikat bernama Pembangunan Tanah Dan Perumahan Sendirian Berhad (PTBSB) yang telah secara salah tidak mendaftarkan milikan tanah arwah Siti kepada nama arwah sewaktu geran individu dikeluarkan.
Di Mahkamah, antara isu yang dipertikaikan adalah samada tanah dan rumah yang dibina oleh arwah Siti ini telah dibeli secara sah pada tahun 1968 sewaktu jangka hayat arwah Siti Bersama PTBSB.
Fakta juga menunjukkan bahawa setelah bayaran penuh harga tanah lot berjumlah RM2,274 telah dibayar, arwah Siti kemudiannya telah membina kediaman di atas tanah Lot tersebut dimana ahli keluarga arwah Siti telah diami dari tahun 1971 sehingga kes difailan di Mahkamah.
PTSB ni pandai dan licik. Mereka cuba berdalih dengan mengatakan bahawa syarikat mereka tidak wujud lagi pada tahun 1968 sewaktu jual beli tersebut berlaku.
Di dalam kes ini, Hakim yang bijaksana memutuskan antaranya bahawa dokumen perjanjian jual beli yang sudah berusia lebih dari 40 tahun beserta surat menyurat dengan resit-resit pembayaran yang telah dilakukan oleh arwah Siti adalah memadai untuk dikira sebagai bukti kukuh walaupun peguam yang membuat perjanjian jual beli tersebut sudah tiada atau meninggal dunia.
Mahkamah juga melihat kepada perilaku pihak-pihak dalam kes ini untuk menentukan samada apakah perjanjian asal yang dimasuki oleh arwah Siti dan juga PTSB. PTSB juga telah cuba menidakkan hak arwah Siti dengan mengatakan bahawa sepatutnya arwah Siti mengambil tindakan undang-undang lebih awal dari tempoh 40 tahun dari kejadian.
Hakim telah juga membuat keputusan bahawa cubaan Defendan melakukan tipu daya dengan tidak memindahkan nama Lot tersebut kepada nama arwah Siti selepas geran individu dikeluarkan telah terbongkar sewaktu saksi Defendan iaitu salah satu dari pengarah PTSB telah disoal siasat sewaktu prosiding.
Sekian, moga memperkasakan ilmu perundangan anda,
-Liyana the Lawyer-
© 2022 LiyanaTheLawyer
Crafted by BenHamza.my
WhatsApp Me