Sharing :

KONSULTASI BERSAMA SEORANG SCAMMER

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Ramai yang PM saya di messenger dan juga melalui social media bertanyakan kepada saya mengenai kes-kes berikut:-

 

1. Saman Malu

2. Harta Pusaka, Hibah & Faraid

3. Hadhanah

4. Kes Bankrap

5. Kes Hutang

6. Lain-lain pertanyaan mengenai prosedur kes jenayah atau kes sivil.

 

Saya tidak akan melayan pertanyaan melalui pm pm atau dm dm sahaja dan akan terus memaklumkan kepada orang yang bertanya tersebut supaya menghubungi assistant saya atau menceritakan masalah melalui emel.

 

Kenapa?

 

Kerana ramai sahaja orang yang bertanya tersebut saya tidak kenal identiti mereka. Yang bertanya mengenai kes jenayah kebarangkalian penjenayah, yang bertanya mengenai hadhanah kemungkinan adalah pihak yang nak bawak lari anak secara illegal, yang bertanya mengenai Saman Malu entah-entah orang bersalah yang memalukan dan kini cuba cari jalan nak tutup kesalahannya. Kesemua di atas mahukan juga nasihat guaman yang telus.

 

Tapi jika mereka pun incognito mode dan tidak telus, saya memang susah nak layan. Melainkan jika identity orang tersebut saya kenal, baru saya berani berikan nasihat. Bukan apa, saya nak ceritakan sebuah drama cerekarama di sini,

 

Dulu ada seorang scammer ni boleh pula dia pusing dan canang kat orang yang saya ni peguam beliau disebabkan saya melayan pertanyaan beliau di messenger dengan baik.

 

Rupanya dengan saya menjawab persoalan am beliau, beliau screenshot dan hebah kat orang yang saya ni ‘lawyer’ dia.

 

Tak malu betul. Cis.

 

Jadi untuk mengelakkan perkara di atas berulang, dan jika anda telus mahukan nasihat guaman seorang professional, hubungilah firma saya pada waktu pejabat untuk set appointment. Bukan susah pun. Anda jumpa saya secara semuka di pejabat, saya pun senang hati berikan nasihat guaman tanpa was-was.

 

Jangan sampai ada orang lain cuba buat perkara yang sama, nanti kena tuduh bawah jenayah tipu di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan, padan muka.

 

Sekian,

#LiyanaTheLawyer