Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua.
Apabila membuat laporan polis, anda haruslah berhati-hati apabila membuat laporan tersebut.
Pastikan fakta dan bukti ada dengan anda sebelum anda membuat laporan.
Jika anda merasakan bahawa kes tersebut telah ke tahap yang memerlukan penglibatan peguam, maka mintalah nasihat dari peguam anda sebelum ke balai dan membuat laporan polis.
Takut kelak jika laporan tersebut dijadikan bahan bukti dan dirujuk di Mahkamah, disebabkan cara anda membutirkan laporan tersebut tidak lengkap, akan memakan diri sendiri.
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya,
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me