Sharing :

Memiliki & Bermain Mercun Itu Dikira Kesalahan Jenayah Ke?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Haa dah nak raya tak lama lagi ni. Dah beli mercun ke tu?  

Anda ada baca berita baru-baru ini mengenai wanita yang didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, pada hari ini kerana memiliki pelbagai jenis mercun tanpa lesen yang sah? 

Jika belum, saya tinggalkan link di ruangan comment untuk anda baca sendiri.  

Di sini saya nak ingatkan anda semua bahawa sebenarnya, undang-undang melarang anda untuk bermain dengan mercun melainkan mercun Pop-Pop atau Happy Boom. Ni mercun yang mana satu? Nanti saya letak kat post ni.  

Peruntukan di bawah undang-undang mengenai mercun dan bunga api adalah di bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) di mana sesiapa yang memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api selain daripada yang dibenarkan boleh dihukum penjara 7atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.  

Selain itu, kesalahan bermain dan membakar mercun atau bunga api yang dilarang juga boleh dihukum di bawah Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 di mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi sebulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua-duanya sekali.  

Terdapat banyak peruntukan undang-undang untuk kesalahan berkenaan dengan mercun dan bunga api termasuklah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 di mana mengilang, memiliki atau mengimport mercun atau bunga api adalah merupakan kesalahan.  

Namun, masih terdapat banyak pihak yang tidak bertanggungjawab telah menjual, membekalkan mercun dan bunga api yang berbahaya kepada orang ramai.  

Kesimpulannya, setelah saya terangkan hukuman bagi kesalahan bermain dengan mercun ni, anda lepas ni buat apa? Terus stop main mercun ke? Aaaa ingat, berhati-hati tau elakkan perkara mudarat dari membawa padah.  

Main mercun tu memang la best dan meriah tetapi kena hati-hati sebab dah banyak sangat dah kes budak-budak main mercun terputus jari.  

Ibu bapa terutamanya, jika nak juga biarkan anak main mercun, pantau lahh. Jangan dibiarkan mereka tanpa supervision. Kalau ada anything happen, diri sendiri juga yang susah. Silap-silap kena spend hari raya di hospital. Jadi berhati-hati ya semua.  

Sekian , pesanan khidmat masyarakat dan countdown raya dari, 

Liyana the Lawyer.  

Di Wilayah Persekutuan, iaitu di area KL, Putrajaya dan Labuan, undang-undang yang terpakai adalah Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997  

manakala di Selangor, Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 digunapakai.  

Tiap tiap tahun sempena Ramadhan akan ada je keluar berita orang kena tangkap tak berpuasa. Huhu bagi saya agak memalukan sebab yelah, semua dah dewasa bukannya kanak-kanak kecil lagi.  

Melainkan anda tergolong dalam orang orang yang uzur dan dikecualikan dari berpuasa atas sebab-sebab kesihatan. 

Ianya sudah menjadi norma setiap bulan Ramadhan dan juga telah dibuat jenaka untuk mereka yang tidak berpuasa ditangkap dan di bawa di dalam van jenazah ke pejabat agama daerah untuk memberikan kesedaran kepada mereka 

Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 adalah peruntukan di bawah undang-undang syariah iaitu: 

Seksyen 15. Tidak menghormati Ramadhan.  

Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan- 

(a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu; atau  

(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya,  

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,  

dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 

Selain itu, Seksyen 19. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan:- 

Seksyen 19. Tidak menghormati Ramadhan. 

Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan:- 

(a) menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu; 

(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya, 

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,  

dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 

Prosedur yang akan diambil ke atas orang-orang yang tidak berpuasa secara sengaja ini adalah pertamanya diberikan saman untuk menghadirkan diri ke pejabat agama daerah pada tarikh tertentu untuk dirakam keterangan.  

Mereka tidak ditahan, namun jika mereka gagal hadir, barulah waran tangkap dikeluarkan. Dan jika disabit kesalahan kali pertama, boleh kena hukum denda RM1000 dan penjara 6 bulan. Bagi kesalahan kedua, boleh kena hukum denda RM2000 dan penjara 1 tahun. 

Sekian, pesanan khidmat masyarakat sempena bulan Ramadhan: puasa lah yee  

-Liyana the Lawyer-