Sharing :

Pekerja Yang Didakwa Songlap Duit Menang RM11,900

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Perkongsian hari ini adalah mengenai kes S A/P J v Freightwatch G Patomotoh Security Sdn. Bhd. 

Penuntut dalam kes ini telah bekerja sebagai Kerani Pentadbiran dan telah dituduh sebanyak enam (6) jenis pertuduhan yang berbeza di dalam satu surat bertarikh 29.08.2017 di mana Syarikat menuduh Penuntut telah memanipulasikan gaji lima (5) orang dengan menyalahgunakan kata laluan (password):- 

Pembayaran gaji double kepada pemegang akaun yang tidak dikenali berjumlah RM2,112.19. 

Bayaran gaji bagi bulan Julai berjumlah RM1,887.03 seorang pekerja di mana pekerja ini hanya bekerja selama satu hari pada bulan Jun (01-06-2017)  

Bayaran pada Ogos 2017 berjumlah RM1,887.03 seorang pekerja kepada pemegang akaun berbeza. Rekod menunjukkan bahawa pekerja ini menyertai kerja pada 05-06-2017 tetapi tiada bukti direkodkan kehadiran dalam OMBS. 

Bayaran gaji dua orang pekerja berbeza berjumlah RM1,887.03 tetapi nama pekerja ini tiada rekod dan bukti kehadiran dalam senarai KPI pelanggan. 

Menukar pakej gaji Penuntut sendiri pada bulan Ogos 2017 dan menambah elaun seperti berikut: Elaun kehadiran (RM500), Elaun Istimewa (RM50). 

Penuntut telah menerima Notis memaklumkan Siasatan Dalaman yang diadakan pada 19.9.2017. Namun, Penuntut tidak dapat hadir kerana baru sahaja bersalin dan masih mendapatkan rawatan susulan.  

Mahkamah telah memutuskan bahawa siasatan tersebut adalah secara tidak adil dan tidak mematuhi kehendak prinsip-prinsip keadilan asasi.  

Syarikat memanggil seorang saksi, yang bertugas sebagai pegawai Payroll dan bertanggungjawab menyempurnakan kesemua gaji pekerja. Saksi menegaskan bahawa Password tidak boleh diberikan kepada mana mana pihak tetapi Saksi gagal mengemukakan bukti. 

Penuntut telah memberi keterangan tanpa memanggil saksi dan menyatakan bahawa beliau telah diarahkan untuk memberi password OBMS kepada kerani ganti oleh Regional Manager dan juga Branch Manager Syarikat sebelum Penuntut telah cuti bersalin. 

Oleh itu, Mahkamah telah memerintahkan remedi berikut:- 

Bayaran gaji ke belakang: RM1,700x 6 bulan: RM10,200 

Pampasan sebagai ganti pengembalian jawatan: RM1,700 

Jumlah keseluruhan: RM11,900.00 

Pihak Syarikat diperintahkan untuk membuat bayaran dalam tempoh 60 hari kepada Penuntut. 

Sekian, moga artikel saya ini membuat anda lebih bijak law, 

-Liyana the Lawyer-