Tadi ada orang call pejabat saya dan bertanya apakah yang boleh dilakukan sekiranya Penghakiman Mahkamah Kecil telah pun dimenangi namun Defendan boleh pula tulis surat penangguhan pembayaran kepada Plaintif?
Jawapannya pernah saya kongsikan dalam artikel saya mengenai Prosedur Mahkamah Tuntutan Kecil sebelum ini tapi saya share sekali lagi:-
APAKAH YANG AKAN TERJADI JIKA ORANG YANG BERHUTANG TU BUAT TAK TAHU JE SELEPAS ANDA MENANG PENGHAKIMAN?
Okay, saya faham ramai orang gusar dengan situasi begini . Tapi jangan khuatir! sebenarnya setelah penghakiman diperoleh, dan Defendan masih bersifat degil dan keras kepala, anda hanya perlu kembali ke Mahkamah Majistret tersebut dan fail kes anda, menggunakan borang 208 yang boleh juga didapati secara percuma.
Sampaikan Borang 208 ini seperti anda menyampaikan Borang 198.
Defendan perlu hadir di Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk menunjukkan sebab, melainkan jika dia menyelesaikan hutang itu dalam tempoh 10 hari dari penerimaan notis.
Di Mahkamah, Mahkamah Majistret mempunyai 3 pilihan untuk berurusan dengan defendan. Mahkamah boleh:
Ha, jika anda sedang mengalami situasi di mana ada orang berhutang dengan anda tidak melebihi rm5000,00 tunggu apa lagi, boleh cuba praktikkan apa yang telah saya share di sini. Mungkin selepas ini anda akan faham bagaimana dasyatnya kerjaya sebagai seorang peguam setelah anda cuba kendalikan kes anda sendiri.
Good luck.
© 2022 LiyanaTheLawyer
Crafted by BenHamza.my
WhatsApp Me