Ini adalah perkongsian mengenai kes #jenayahcyber #jenayahsiber.
Salam sejahtera kepada anda semua, Bolehkah kita saman malu terhadap orang yang memalukan kita? Disini, saya ingin berkongsi mengenai kes:-
PP v Jasma Aznita (2015)
Jasma dituduh menghantar kandungan yang menyakitkan hati melalui e-mel.
Jasma telah dituduh:
Seksyen 233(1)(a) Akta komunikasi Multimedia.
[KEPUTUSAN MAHKAMAH]
Keputusan Mahkamah Sesyen (26.5.2015)
Jasma Mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
Pada tarikh sebutan semula kes, menukar pengakuannya kepada bersalah dan merayu kepada mahkamah supaya memberikan hukuman yang ringan atas alasan hamil tujuh (7) bulan dan tidak bekerja serta perlu menjaga anaknya yang sakit.
Jasma dilepaskan dengan perintah bon kelakuan baik selama 3 tahun di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.
Sekian,
Moga bermanfaat.
“Memperkasakan Ilmu Perundangan Anda”
-Admin.
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me