Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai “Prosiding Garnisi” yang termaktub di bawah Aturan 49 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Apa itu “Prosiding Garnisi”?
1. Ianya adalah satu cara untuk mendapatkan duit dari dalam simpanan akaun penghutang.
2. Contoh:-
Ali berhutang kepada Abu sebanyak RM5,000.00,
Ali ada RM10,000.00 dalam akaun Bank XYZ,
Abu, setelah mendapat Penghakiman di mana-mana Mahkamah Yang Mulia, dan melalui peguamcara beliau, memohon untuk mendapatkan Perintah Garnisi dari Bank XYZ amaun sebanyak RM5,000.00 untuk menjelaskan hutang tersebut.
Bank XYZ akan hadir di Mahkamah melalui Perintah tersebut untuk memaklumkan samada terdapat apa-apa sebab munasabah mengapa amaun tersebut tidak dapat dikeluarkan. Selalunya tiada bantahan oleh Bank.
Maka, Perintah Garnisi ini akan mutamad dan Abu akan dibayar directly duit RM5,000.00 tersebut oleh Bank XYZ.
3. Syarat-syarat Am Perintah Garnisi:-
a. Si Garnisi mestilah terletak dibawah bidangkuasa Mahkamah Yang Mulia Malaysia
b. Penghutang adalah seorang sahaja dan tidak bersama-sama dengan individu lain
c. Bukan berhutang dengan kerajaan,namun, Badan Berkanun masih boleh dilaksanakan Prosiding Garnisi ini.
d. Orang yang lebih terdahulu masukkan Perintah Garnisi akan mendapat keutamaan
e. Kos ditanggung oleh Penghutang.
Hopefully, perkongsian saya pada kali ini dapat membuka mata anda semua betapa hebatnya kuasa perundangan. Till my next legal sharing,
For the love of the law,
#LiyanaTheLawyer
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me