Sharing :

REVIEW BURUK TULAR LAMAN SOSIAL ; BOLEH KENA SAMAN MALU KE?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Kelmarin ada orang consult dengan kami mengenai review yang ditinggalkan di ruang Google review sebuah perniagaan wedding planner di area lembah klang.  

 

Ceritanya customer ini tak happy lah dengan servis wedding planner ini sepanjang pengendalian majlis perkahwinan beliau. Setelah meninggalkan review tersebut, owner wedding planner menghubunginya dan menyuruhnya memadam google review itu. Owner wedding planner ini siap ugut jika tak buat demikian maka mereka akan saman malu customer ini  

 

Soalnya boleh ke? Adakah meninggalkan review buruk tentang sesuatu perniagaan itu akan membolehkan anda dikenakan tindakan saman malu?  

 

Di dalam kes Synergistic Duo Sdn Bhd v Lai Mei Juan, kes ini telah diputuskan pada tahun 2017. Ceritanya adalah mengenai seorang pelanggan yang makan di sebuah restoran ni.  

 

Pelanggan ni memang tak happy langsung dengan servis yang dia dapat di restoran itu lah. Sampai dia tinggalkan review teruk dekat page Facebook restoran tersebut. Namun, pelanggan ini tidak dapat mengemukakan apa-apa keterangan untuk menunjukkan bahawa komen-komen yang dibuat olehnya adalah berdasarkan fakta yang betul dan tanpa niat jahat.  

 

Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan :- 

 

(a) Kalian jangan di tipu oleh Kelana Jaya SS7 BGT Lake View lagi.  

 

(b) Tetapi masih juga ada kawan internet yang lain amat marah dan beritahu saya mereka terpaksa tunggu dengan begitu lama baru di hiding makanan, makanan juga sangat tak sedap, berbeza dari gambar, mereka amat kecewa.  

 

(c) Fikirlah, makan malam RM210 untuk 2 orang. Bukan murah sangat. Harga ini dan di atur duduk di tempat begitu. Memanglah (emoji). Cara perkhimatan teruk sangat.  

 

Mahkamah memutuskan bahawa kenyataan-kenyataan defendan dalam terbitannya bersifat memfitnah dan terbitan berterusan dalam akaun Facebook akan menyebabkan owner restoran ini mengalami kerugian terhadap reputasi dan nama baik mereka yang teruk.  

 

Jadi bersandarkan kepada kes yang telah saya kongsikan tadi, anda boleh tepis tindakan Saman Malu. Namun ada beberapa kriteria yang harus dipenuhi iaitu:- 

 

(a)bahawa posting adalah komen bukan kenyataan fakta;  

(b)komen-komen itu dibuat sebagai sesuatu yang berkenaan dengan kepentingan awam; 

 

(c)komen-komen itu berdasarkan fakta-fakta yang benar atau separa benar; dan  

 

(d)komen-komen itu dibuat tanpa niat jahat. 

 

Perlu ada bukti yang menunjukkan bahawa perkara teruk dan servis teruk itu sememangnya terjadi dan bukan dicanang dan ditokok tambah tanpa kebenaran.  

 

Contoh, kalau anda ada bawa kawan atau ahli keluarga makan di restoran teruk itu, kawan dan ahli keluarga anda adalah saksi yang boleh memberi keterangan tentang apa yang direview tersebut.  

 

Dan jika benar makanan yang dihidang sangat teruk dan tak sedap langsung, boleh juga diberikan keterangan dengan membuat aduan terus kepada owner restoran tersebut. Di samping itu boleh juga bawa terus kes ke tuntutan pengguna. Ini akan jadi sandaran bahawa apa yang direview itu memang berasas. Lagi banyak bukti lagi bagus.  

 

Dalam kes ini juga, owner restoran telah pun cuba menghubungi pelanggan ini. Namun pelanggan ini buat tak tahu je dan dia repost lagi gambar WhatsApp komunikasi owner tersebut dan mengatakan bahawa inilah bukti bahawa owner restoran itu mengaku bersalah.  

 

Pengakhirannya, owner restoran tu menang kes tersebut. Tapi dia dapat pampasan RM5K je. Saya rasa ini mungkin sebab Hakim mengambil kira juga review buruk lain yang ditinggalkan oleh pelanggan-pelanggan lain.  

 

Ahha berbaloi ke tidak bawa kes saman malu disebabkan review buruk degan niat jahat ini? Jika ianya adalah untuk membersihkan nama anda dan perniagaan anda memang ya.  

 

Tapi jika review yang ditinggalkan tersebut adalah benar, maka berbincanglah dengan orang yang meninggalkan tersebut untuk mencari jalan penyelesaian yang  terbaik dan win-win situation.  

 

Jadi pastikan lah jika anda nak bawa kes Saman Malu, dalam apa jua keadaan sekalipun BUKTI yang ada cukup. Itu main point saya.  

 

Jika dalam kes orang yang consult dengan saya tadi, dia mengatakan bahawa wedding planner tersebut memang teruk servisnya dan beliau memang ada bukti kukuh seperti ada menangkap gambar dan video sepanjang perjalanan majlis, dan review diberikan secara justifikasi berdasarkan apa yang telah benar-benar berlaku, tiada masalah.  

 

Owner wedding planner ni pun janganlah mendongak dan angkuh dengan teguran yang diberi. Jika benar anda ada buat silap, haruslah memperbaiki servis. Jika tidak lambat laun orang akan bercerita dan lama-kelamaan tak ada orang yang sudi menjadi pelanggan. Rugi kan? 

 

Dan sebenarnya pelanggan ini boleh membuat tuntutan balas dan meminta pampasan di atas majlis yang telah dikendalikan dengan teruk oleh wedding planner ini berdasarkan prinsip perlanggaran kontrak. Yang ini jika ada masa saya akan terangkan dalam posting akan datang.  

 

Sekian, moga artikel saya ini membuat anda lebih faham tentang prinsip review teruk dan sama ada anda boleh dikenakan dan/atau membawa saman malu disebabkan review tersebut.  

-Liyana the Lawyer-