Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua.
Memandangkan saya dah sibuk dengan kelas Masters, jadi jarang juga saya boleh lapangkan diri untuk membuat video perkongsian. Oleh itu, saya akan berkongsi takat yang saya mampu dari segi penulisan.
Saya dalam proses mengendalikan kes yang melibatkan client saya terjumpa bangkai cicak dalam bekas tin susu sejat yang digunakan oleh beliau. What does the law saya about this? Mari saya ceritakan:-
Dalam kes DONOGHUE VS STEVENSON,
adalah kes pertikaian Scotland yang terkenal dalam undang-undang Inggeris yang memainkan peranan penting dalam membentuk undang-undang tort khususnya doktrin kecuaian .
Dalam kes Donoghue vs Stevenson ini, fakta kes menceritakan bahawa pihak pengilang wajib melaksanakan tanggungjawab terhadap pengguna akhir.
FAKTA KES
1. Pada 26 Ogos 1928, Puan Donoghue dan seorang rakannya telah membeli minuman bir halia dari Wellmeadow Café di Paisley.
2. Puan Donoghue telah pun menghabiskan kira-kira setengah dari botol minuman itu, dan botol itu diperbuat dari kaca legap gelap.
3. Kawan Puan Donoghue kemudian menuangkan baki air minuman tersebut kedalam sebuah gelas. Pada masa ini, terkeluar tinggalan reput seekor siput.
4. Ini menyebabkan Puan Donoghue mengalami kejutan teruk dan beliau telah mengalami radang usus hasil dari meminum air yang jijik dan tercemar tersebut.
Persoalan perundangan di sini adalah:-
Adakah pengilang botol minuman bir halia tersebut bertanggungjawab terhadap Puan Donoghue yang merupakan pengguna akhir?
Jawapannya adalah YA.
Puan Donoghue telah membawa prosiding terhadap Stevenson, iaitu pengilang botol minuman bir halia tersebut dan telah berjaya dalam tuntutannya di mana Mahkamah telah mengawardkan nilai pampasan di atas prinsip tort dan jumlah pampasan ini jika dikira ikut nilai sekarang adalah berpuluh puluh ribu ringgit nilainya.
Sekarang ni firma saya sedang mengendalikan kes yang hampir sama seperti kes yang telah saya ceritakan di atas. Moga kami Berjaya untuk menuntut keadilan dan pampasan bagi client kami.
Sekian legal sharing pada kali ini dari saya,
#LiyanaTheLawyer
© 2024 LiyanaTheLawyer
WhatsApp Me